Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rayuan Permohonan BR1M Dibuka...

KUALA LUMPUR -- Rayuan bagi pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)...

31,230 Penjawat Awam Dikenakan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31,230 penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib sejak Januari...

Semakin Ramai Generasi Belia...

KUALA LUMPUR - Semakin ramai generasi belia kini bekerja secara bebas disebabkan fleksibilitinya...

Warga Emas Maut, 5...

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas maut manakala lima lagi anggota keluarganya...

Padang Bola Baharu Untuk Komuniti Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR – Penduduk Bandar Tun Razak, di sini bakal menikmati sebuah padang bola sepak baharu dengan saiz standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijangka siap pada suku pertama tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata pembinaan padang itu yang juga projek tanggungjawab sosial korporat syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd bersama syarikat bersekutunya Sinerjuta Sdn Bhd akan dilengkapi tempat duduk ‘grandstand’ bagi memuatkan kira-kira 700 penonton dan 70 tempat letak kereta bagi kemudahan pengunjung.

Pembinaan padang itu bertujuan menyediakan padang gentian kedua kepada tapak padang bola di Jalan Jujur, apabila padang bola gantian di Jalan Budiman lebih kecil daripada padang asal, katanya yang ditemui ketika upacara pecah tanah padang itu yang terletak berdekatan Jalan Adil, di sini hari ini.

Padang bola sepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak diambil alih bagi pembangunan 823 unit rumah mampu milik termasuk 640 unit ganti bagi penghuni flat Sri Labuan dan fasa kedua melibatkan 1,015 unit rumah yang dijual dengan harga pasaran, menjadi isu besar dalam kalangan penduduk setempat termasuk mendesak projek itu dibatalkan.

Beliau berkata keutamaan pada ketika ini adalah menyelesaikan isu pemindahan penduduk flat Sri Labuan, namun ia hanya dapat dilaksana selepas isu berhubung pembinaan pangsapuri di atas padang bola di Jalan Jujur selesai di mahkamah.


Katanya penduduk flat Sri Labuan yang kini menetap di rumah seluas 450 kaki persegi, tidak lagi kondusif.

“Kita mahu warga Kuala Lumpur, hidup dalam keadaan selesa dan tidak ada mana-mana pihak yang terpinggir dan diabaikan,” katanya. – BERNAMA

Kategori