Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raja Farah Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Raja Farah yang telah selamat menimang cahaya mata sulung,...

Tiga Maut, 11 Cedera...

WASHINGTON: Tiga orang terbunuh dan 11 lagi cedera selepas beberapa individu bersenjata melepaskan...

Perlis Sumbang 140 Lembu...

ARAU - Kerajaan negeri menyumbang 140 lembu bagi melaksanakan ibadah korban kepada rakyat...

Rayani Air Mulakan Penerbangan...

KUCHING - Rayani Air Sdn Bhd (Rayani Air) melihat Sarawak sebagai sektor terbaharu...

Padah Tipu Wang Insurans, Pengurus Dipenjara

KUANTAN – Seorang pengurus perniagaan Takaful Malaysia Kuantan dikenakan hukuman penjara empat tahun dua bulan serta tujuh sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu tuntutan bayaran pampasan insurans berjumlah RM805,000, dua minggu lepas.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Aidy Syukri Yahya, 43, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, Aidy Syukri didakwa melakukan penipuan terhadap Takaful Malaysia Berhad dengan mendorong syarikat itu memindahkan wang tunai berjumlah RM402,500 ke akaun Syarikat TM Asset Management miliknya bagi mendapatkan tuntutan insurans kematian Mohd Shafiee Ngah, 49.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama dan dengan jumlah yang sama bagi mendapatkan tuntutan insurans kematian isteri Mohd Shafiee, Norhazaimi Abd Wahab, 47.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis No 45, tingkat bawah Darul Takaful, Jalan Teluk Sisek, di sini, pada 8 Mac lepas.

Untuk rekod, pasangan suami isteri itu meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan di KM116 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin pada 22 Januari lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Noor Zaihan menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan dan tiga sebatan manakala hukuman penjara tiga tahun dan empat sebatan bagi pertuduhan kedua.

Beliau memerintahkan Aidy Syukri menjalani hukuman penjara berkenaan secara serentak mulai tarikh tangkapan pada 18 Mac lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimun 10 tahun serta sebatan dan denda.


Berdasarkan fakta kes, Aidy Syukri sebelum itu telah memperdaya pihak waris suami isteri itu dengan mengatakan pihak Takaful Malaysia mahu memberikan bantuan kebajikan kepada anak mereka.

Waris pasangan suami isteri itu yang tertipu dengan tertuduh telah menyerahkan segala dokumen berkaitan, menyebabkan pihak Takaful Malaysia mempercayai tuntutan yang dibuat Aidy Syukri.

Aidy Syukri mengambil kesempatan menggunakan nama pasangan suami isteri itu dengan membuat tuntutan bayaran pampasan kematian kepada pihak berkenaan dengan mendaftarkan nama mereka sebagai pekerja di syarikatnya miliknya, TM Asset Management.

Tertuduh memasukkan nama suami isteri itu ke dalam sijil Takaful syarikatnya sedangkan syarikat itu didaftarkan hanya untuk mendapatkan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak mempunyai pekerja mahupun pejabat.

Peguam Mohd Azahari Matiasin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), yang mewakili tertuduh, merayu hukuman ringan memandangkan anak guamnya mempunyai empat orang anak yang berumur empat hingga 12 tahun.

“Selain itu, dia juga telah insaf dan memang berniat untuk memulangkan wang berkenaan kepada syarikat Takaful, namun tidak sempat berbuat demikian kerana telah ditangkap,” katanya.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah. – BERNAMA

Kategori