Padah Kongsi Foto Bogel Isteri Dengan ‘Awek’

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda Dh100,000 (RM109,604) diikuti dengan pengusiran kerana langgar peraturan perkahwinan oleh Mahkamah Jenayah Ajman.

Menurut siasatan polis, tertuduh, seorang lelaki Arab, berkongsi gambar bogel isterinya melalui media sosial, WhatsApp dan IMO, selepas wanita itu mempertikaikan hubungannya dengan seorang wanita lain.

Tertuduh yang berusia 38 tahun itu didakwa menghantar gambar isterinya dan mengutuknya menerusi mesej teks di media sosial.

Isterinya menerangkan di hadapan mahkamah bahawa suaminya mengancam untuk siar gambarnya di media sosial jika dia terus bercakap tentang hubungannya dengan teman wanitanya dan juga tabiatnya yang suka minum arak.

Dia mengugut isterinya supaya menerima hubungan terlarangnya dan menyuruh isterinya ‘tutup mulut’.

Isterinya kemudian menyedari bahawa suaminya telah menghantar gambar bogelnya kepada teman wanitanya yang sudah berkahwin pada hari dia pulang lewat malam dalam keadaan mabuk.

Wanita itu melihat suaminya memegang telefonnya yang mana dia telah memasang kad sim baharu untuk menghubungi teman wanitanya.

Apabila suaminya memulangkan telefonnya, dia menjumpai perbualan mereka berdua, mengakui bahawa suaminya telah menghantar gambar bogel isterinya sendiri kepada wanita tersebut.

“Dia cuba menyerang saya secara fizikal ketika cuba merampas telefon, saya berjaya meninggalkan rumah bersama anak-anak dan menghubungi sepupu saya selepas bermalam di Corniche Street,” kata isterinya.

Dia terus menyerahkan telefon kepada sepupunya yang cuba menghubungi tertuduh di rumahnya.

Tertuduh menghilangkan diri dan gagal bertindak balas terhadap perbicaraan mahkamah.

Mahkamah mengeluarkan keputusan itu tanpa kehadirannya. -khaleejtimes

Loading...