Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nabil Sambut Raya Sederhana...

BAGI pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, kemeriahan sambutan hari raya tahun ini tidak...

DAP Tuduh Kerajaan Berniat...

KUALA LUMPUR -DAP tetap menggesa Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat ke atas bencana banjir...

PKP 3.0 Dilanjutkan, Bantuan...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0...

Bersama Hormati Tempat Ibadat...

GURUN - Semua pihak diminta agar menghormati kesucian rumah ibadat, bagi mengelakkan timbulnya...

Padah Minat Basikal Antik Milik Warga Emas

TAIPING – Gara-gara meminati basikal antik kepunyaan seorang wanita warga emas, seorang lelaki di tahan polis kerana menyebabkan kematian warga emas itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata suspek lelaki berumur 34 tahun ditahan di Klinik Kesihatan Tupai di sini pada 10 pagi ini.

Beliau berkata dalam kejadian 5 petang Selasa lalu, suspek menarik basikal antik dinaiki seorang wanita warga emas berumur 72 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumah sehingga menyebabkan mangsa terjatuh di Jalan Walker, Pokok Assam di sini.

Mohamad berkata mangsa dimasukkan ke Hospital Taiping dan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi Rabu lalu.

Katanya hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes itu dan basikal yang dicuri itu kini berada di rumahnya di sini.


“Suspek mengaku berminat dengan basikal antik mangsa dan dia tidak menyangka tindakannya itu menyebabkan kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori