Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Atikah Suhaime Serius Mahu...

PELAKON baharu kelahiran Singapura, Atikah Suhaime kini serius mahu menempa nama sebagai penyanyi. Justeru Atikah...

Samsung Perkenalkan Galaxy On5...

PADA tahun ini, Samsung mengatakan permintaan untuk peranti berspesifikasi pertengahan dilihat agak tinggi...

Hidangan ‘Mahal’ Orang Miskin...

Ucapan Assalamualaikum kedengaran hampir di semua kawasan yang menempatkan penduduk Muslim apabila setiap...

Anak Pegawai Polis Didenda...

KUALA LUMPUR - Seorang anak pegawai kanan polis hari ini didenda RM200,000 atau...

Padah Curi Kabel Milik Telekom Malaysia

KUANTAN – Mahkamah Majistret Kuantan di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM2,000 terhadap empat lelaki yang mengaku bersalah mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) yang bernilai RM2,000 minggu lalu.

Tertuduh, Roslee Othman@Mahmud, 40, Ghazali Othman, 25, Mohd Hafizi Mat Radzi, 26, dan Saiful Azman Saad, 42, mengaku bersalah selepas mendengar pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Tertuduh, Saiful Azman sebelum itu tidak mengaku bersalah dan memberi alasan tidak berniat mencuri dan hanya melihat tiga rakannya yang lain memotong kabel berkenaan

Bagaimanapun dia akhirnya menukar pengakuan itu selepas ditanya Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali alasan dia berada di dalam lubang kabel yang dikorek ketika ditahan pihak berkuasa.

Keempat-empat mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor V Muneswaran.

Mengikut kertas pertuduhan, melakukan kesalahan dengan niat bersama mencuri kabel jenis 200 PR sepanjang 200 meter milik TM yang bernilai RM2,000 pada 8 November lalu jam di antara 2 hingga 6 pagi di Kilometer 40 hingga 45 Jalan Kuantan-Kemaman berhadapan kedai dobi Kampung Cherating Lama, di sini.


Sebelum hukuman dibacakan, kesemua mereka merayu supaya dikenakan hukuman ringan kerana masih menanggung ahli keluarga masing-masing dengan pendapatan di antara RM1,000 hingga RM3,500 sebulan.

Berdasarkan fakta kes, seorang pekerja TM melakukan rondaan di kawasan berkenaan sebelum menjumpai kabel yang sudah dipotong di atas tanah dan melihat keempat-empat tertuduh di dalam lubang yang sudah dikorek.

Pekerja terbabit membuat laporan di Balai Polis Cherating sebelum anggota polis bergegas ke tempat kejadian.

Polis kemudiannya menahan Roslee, Ghazali dan Mohd Hafizi di hadapan kedai dobi berhampiran kawasan kejadian manakala Saiful Azman dilihat berada di dalam lubang itu.

Hasil siasatan kesemua tertuduh mengaku mencuri kabel berkenaan dan mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Kesemua mereka berdepan hukuman penjara tambahan selama dua bulan jika gagal membayar denda yang diarahkan. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori