Wednesday, April 10, 2024

Creating liberating content

Kebakaran Hutan Di AS,...

LOS ANGELES - Kira-kira 613 buah rumah di Ventura County di California, Amerika...

Dikecam, Ancam Bunuh Selepas...

STOCKHOLM - Pemain Sweden, Jimmy Durmaz berdepan cacian berbaur perkauman dan ancaman bunuh...

Tengku Hassanal Bantu Mangsa...

KUANTAN - Hujan lebat bukan penghalang Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Kes Kamal Hisham: Mahkamah...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 9 Nov depan...

Mahu Kerajaan Persekutuan Adil Isu Projek Tambak

GEORGE TOWN – Kerajaan DAP Pulau Pinang berharap kerajaan persekutuan bersikap adil dalam memproses permohonan projek Tambakan Laut Bahagian Selatan Pulau Pinang (PSR).

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata penilaian terhadap cadangan projek tambakan laut itu perlu ditimbangkan berdasarkan faktor teknikal dan faedah kepada rakyat di negeri itu, bukannya dipengaruhi oleh faktor politik.

“Kerajaan negeri menekankan bahawa penilaian terhadap projek tambakan laut ini sepatutnya dilakukan berdasarkan kepada pertimbangan teknikal dengan pandangan holistik tentang apakah manfaat yang akan dibawa oleh projek ini dari segi ekonomi dan sosial untuk Pulau Pinang dan generasi akan datang.

“Apakah impak alam sekitar dan apakah faedah sosial dan ekonomi kepada pembangunan negeri,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Balik Pulau pada 26 Ogos lepas, bahawa kerajaan persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang besar sehingga menjejaskan punca pendapatan rakyat di kawasan terlibat.

Najib berkata kerajaan persekutuan mempunyai pendirian dalam meluluskan sesuatu projek dan bukanlah menolak semata-mata atas dasar fahaman politik.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan pelaksanaan projek tambakan laut seluas kira-kira 1,800 hektar di Permatang Damar Laut di sini bernilai RM46 bilion bagi membina tiga pulau buatan untuk tujuan pembangunan.

Chow berkata pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya 10 projek penambakan yang sedang berlangsung di negeri lain antaranya projek Aman Laut di Kedah (49.78 hektar), Melaka Gateway (552.8 hektar), Bagan Datuk Water City (1,659.21 hektar) dan Perak Heavy Industrial Park (1,375.93 hektar) di Perak, Kuantan Waterfront Resort City di Pahang (202.34 hektar) dan Danga Waterfront City (809.37 hektar) dan Forest City (1,386.05 hektar) di Johor untuk pelbagai tujuan termasuk pembangunan, pelancongan, kediaman, perindustrian campuran dan sebagainya.


Beliau turut mendakwa ada antara projek-projek berkenaan diteruskan tanpa memperoleh kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) seperti projek Aman Laut di Kedah yang diarah berhentikan kerja-kerja penambakan pada 15 Mei lepas kerana tidak mempunyai laporan EIA.

Katanya kerajaan negeri berusaha untuk memenuhi semua peraturan yang berkaitan dengan permohonan cadangan projek PSR itu termasuk mengemukakan laporan EIA yang terperinci kepada JAS yang telah diluluskan secara bersyarat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 18 April lepas.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menjalankan beberapa kajian sokongan bagi memastikan projek berkenaan akan dijalankan secara inklusif dan terancang seperti Penilaian Kesan Perikanan, Penilaian Impak Sosial, Penilaian Risiko Lalu Lintas Laut dan Penilaian Kesan Lalu Lintas).

“Kita memang bekerja dengan keras memenuhi segala syarat. Kita bukan seperti sesetengah negeri yang boleh lakukan apa-apa sesuka hati,” katanya.

Dalam pada itu, Chow berkata kerajaan negeri memandang serius kebajikan para nelayan yang terjejas dan pihaknya akan mengemukakan skim pampasan atau ex-gratia yang adil dan telus termasuk pelbagai langkah lain bagi memastikan kesejahteraan mereka dan generasi akan datang. – BERNAMA

Kategori