Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 600 Premis Di...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sabah telah mengenal pasti lebih...

Suspek Kes Rogol Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai suspek kes samun dan rogol di sebuah...

Lelaki Maut & Rakan...

ARAU - Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas PERODUA Kancil dinaiki mereka...

Pikotaro Pun Sambut Donald...

TOKYO - Pelawak dan penyanyi, Pikotaro dijadual menghiburkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump...

Oppo F1 Plus Edisi FC Barcelona Akan Muncul Di Malaysia

BUAT peminat pasukan bolasepak kelab FC Barcelona (FCB), bersiap sedia untuk mendapatkan koleksi terbaharu pasukan anda kerana Oppo Malaysia, baru sahaja mengumumkan telefon pintar Oppo F1 Plus edisi khas FCB akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Oppo memilih siri keluarga F1 Plus sebagai telefon pintar edisi khas FCB, yang mana pada tahun lepas, mereka menggeluarkan edisi FCB daripada keluarga R7 Plus dan merupakan hasil kerjasama pertama Oppo dengan pasukan bolasepak terkemuka itu.

Telefon pintar F1 Plus edisi FCB ini memiliki spesifikasi yang sama seperti F1 Plus biasa. Skrin berukuran 5.5-inci HD Penuh, ram sebesar 4GB dan storan seluas 64GB di dalam.

Oppo F1 Plus Edisi FC Barcelona Akan Muncul Di Malaysia

Oppo F1 Plus Edisi FC Barcelona Akan Muncul Di Malaysia

Struktrur dan penel peranti menggunakan kerangka besi sepenuhnya yang menyokong slot kad hibrid, membolehkan pengguna menggunakan lebih daripada satu kad sim dan terdapat satu slot untuk kad mikroSD.

Kamera hadapan mempunyai sensor yang tinggi iaitu 16MP berbanding hanya 13MP di kamera belakang.

Ia turut dilengkapi bateri sebesar 2,850mAh serta pengecas pantas VOOC. Ia juga memiliki pengimbas capjari yang membuka kunci skrin sangat pantas.

Walaupun secara teknikal ia adalah model yang sama, namun karakter di luar peranti adalah telefon yang sangat berbeza.

Oppo F1 Plus Edisi FC Barcelona Akan Muncul Di Malaysia

Oppo F1 Plus Edisi FC Barcelona Akan Muncul Di Malaysia


Pertama, F1 Plus edisi FCB hanya didatangkan dalam warna biru dan merah FCB. Warna yang sangat garang ini dapat menarik perhatian.

Di belakang, ia ditambah logo FCB yang diperbuat dari emas sebenar 18 karat, dan dua jalur garisan berwarna merah.

Di ruang skrin, telefon pintar ini menggunakan tema FCB. Bermakna, ia memiliki wallppaper dari pasukan dan pemain FCB.

Nada dering dan lagu sorakan FCB serta ikon yang berkaitan pasukan bola sepak Barcelona turut disertakan pada edisi kali ini.

Serta paling istimewa, terdapat satu keluaran edisi F1 Plus ini yang akan disertakan dengan tandantangan dari pemain utama FCB, iaitu Lionel Messi, Neymar, Suárez, Rakitic, dan Iniesta.

Difahamkan, keluaran edisi FCB in adalah begitu terhad di mana hanya terdapat 10 unit sahaja buat masa ini yang boleh didapatkan di Indonesia.

Harga seunit telefon pintar edisi khas FCB ini masih belum ditetapkan namun ia telah sedia dijual di Indonesia dengan harga IDR6,499 (RM2,100) yang turut didatangkan bersama T-shirt dan beg sandang FCB.

Jadi untuk peminat pasukan Barcelona yang mahu mendapatkan telefon edisi khas ini, buka mata dan pasang telinga sepanjang masa agar anda tidak terlepas dari pengumuman jualannya tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori