Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Adoyyy…Tiga Jam Tersepit Mesin...

Melaka - Seorang pekerja wanita sebuah kedai serbaneka 24 jam terpaksa menanggung azab...

Budaya Guna Telefon Ketika...

ALOR SETAR - Budaya menggunakan telefon bimbit ketika memandu yang menjadi antara penyumbang...

Tiada Kompromi Bagi Pegawai,...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

“Impian Jumpa Anak Di...

PELAKON dan ahli kumpulan Elite, Watie Sadali diarahkan membayar RM2,500 sebagai ansuran bulanan...

Operasi SAR Kru Kapal USS John S McCain Diteruskan

JOHOR BAHRU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS John S McCain, yang hilang dalam pelanggaran dengan sebuah kapal dagang pada awal Isnin lepas, bersambung hari ini dengan kawasan pencarian terus diperluas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan Laksamana Maritim Datuk Adon Shalan berkata operasi hari ketiga ini melibatkan kawasan pencarian seluas 550 batu nautika di sekitar perairan Teluk Ramunia, berbanding 352 batu nautika semalam.

Diharapkan langkah ini dapat meningkatkan potensi penemuan mangsa, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata operasi bersambung 7 pagi tadi melibatkan 11 aset dan 310 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan.

Ini termasuk tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sebuah kapal dan dua bot APMM, dua bot Jabatan Laut dan tiga bot Polis Marin.

Pencarian dari udara pula dikendalikan oleh dua helikopter, masing-masing milik APMM dan TLDM.


Dalam kejadian 5.40 pagi di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi dekat sini itu, kapal pemusnah USS John S McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia, menyebabkan lima kru USS John S McCain cedera dan 10 lagi jatuh ke laut dan hilang.

Semalam, pasukan SAR menemukan satu mayat dalam sektor pencarian, namun belum dapat dipastikan sama ada mayat itu adalah anggota kru kapal pemusnah terbabit. – BERNAMA

Kategori