Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Ada Kuasa Periksa...

KOTA BHARU - Kerajaan mempunyai kuasa untuk memeriksa mana-mana premis yang disyaki menjalankan...

BN Perak Tak Upah...

KUALA KANGSAR - Barisan Nasional (BN) negeri Perak tidak mengupah paraglider untuk membawa...

Dr Mahathir Diperalat, Tidak...

PUTRAJAYA - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Tun...

Angkatan Muda Keadilan Anggap...

KUALA LUMPUR -  Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Operasi Basmi Rabies Di Sarawak Diperhebat

KUCHING – Operasi membasmi wabak rabies di Sarawak akan diperhebat dengan operasi penangkapan dan penghapusan anjing liar serta vaksinasi, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata satu operasi bersepadu menangkap, menghapus anjing berkeliaran termasuk yang berkolar berlesen dan tidak berlesen akan dijalankan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak di Tabuan Jaya, Tabuan Tranquility, Stutong, BDC, Tabuan Heights, Stampin dan Hakka Avenue bermula 1 hingga 30 Sept ini.

Selain itu, pemvaksinan secara besar-besaran untuk anjing akan dilakukan di Dewan Masyarakat MBKS pada 25 Ogos bermula 10 pagi hingga 2 petang, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata kaunter pendaftaran lesen anjing oleh pihak berkuasa tempatan juga akan disediakan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membiarkan anjing lepas bebas atau membawa anjing keluar dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Mereka yang berbuat demikian boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Bagi mengawal pergerakan anjing liar di kawasan wabak, kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Am Sarawak dan Jabatan Pengangkutan Jalan, katanya.

Uggah turut meminta pemilik anjing di kawasan wabak memastikan haiwan peliharaan mereka disuntik dengan vaksin anti-rabies.

“Kegagalan berbuat demikian boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 yang memperuntukkan denda sehingga RM 2,500 dan anjing yang ditangkap tanpa bukti pemvaksinan anti-rabies boleh ditahan dan dimusnahkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori