Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Marsha Bakal Akhiri Zaman...

MARSHA Milan Londoh khabarnya bakal mengakhiri zaman bujangnya bulan Januari hadapan, adakah benar...

Aliff Mengaku Curang, Tuntut...

PENYANYI Aliff Aziz mengakui dirinya bersikap curang terhadap isterinya, Bella Astillah dengan keluar...

Ragbi Mahu Cipta Sejarah...

KUALA LUMPUR - Skuad ragbi negara membariskan pasukan terbaik pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan...

PAS Pahang Gesa Siasat...

KUANTAN - PAS Pahang hari ini membuat laporan polis bagi menuntut siasatan dilakukan...

Op Selamat 7/2015 Catat 20,458 Kes Kemalangan, 330 Kematian

KUALA LUMPUR – Op Selamat 7/2015 selama 15 hari bermula 10 Julai lepas bersempena Aidilfitri merekodkan sebanyak 20,458 kemalangan dan 330 kematian, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 10.7 peratus iaitu sebanyak 1,974 kes berbanding 18,484 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Kes kemalangan maut turut mencatatkan peningkatan sebanyak 86 kes atau 39.6 peratus melibatkan 330 kematian.

“Ini menunjukkan perlunya pendidikan bagi memupuk kesedaran orang ramai untuk memandu secara berhemah diperhebatkan dan kita juga harus mendampingi bakal pemilik lesen baharu supaya mereka ini mempunyai kesedaran dan lebih bersikap bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pemandu Berhemah Sempena Op Selamat 7/2015 di sini, Rabu.

Katanya penunggang motosikal masih lagi merupakan golongan yang paling banyak terkorban akibat kemalangan jalan raya dengan kadar kematian sebanyak 200 kes atau 60.6 peratus.


Noor Rashid berkata kadar kematian tahunan yang direkodkan sekurang-kurangnya 6,000 kes yang melibatkan kos perubatan dan kerosakan kenderaan mencecah berbilion ringgit sekaligus menunjukkan perlunya pengurusan kemalangan jalan raya dengan lebih baik dan proaktif.

“Pendidikan perlu dibuat secara berterusan …dan angka ini perlu dikurangkan sebanyak 20 peratus,” Katanya.

Pada majlis itu, seramai 15 pemandu berhemah telah dipilih untuk menerima Anugerah Pemandu Berhemah, masing-masing lima pemandu bas, pemandu teksi/kereta dan penunggang motosikal. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori