Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lelaki Digigit Anjing...

SEORANG kanak-kanak lelaki di Britain mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas digigit...

Pembentangan Pemansuhan Hukuman Mati...

Kerajaan akan membentangkan pindaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dalam 11 peruntukan undang-undang...

Had Laju Kekal 110...

KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kerajaan belum bercadang untuk meningkatkan...

Tiga Juta Jagung Dibekalkan...

KUALA PILAH - Sebanyak 2.5 juta tongkol jagung varieti 316 dan 351 dari...

Op Perdana: 161 Individu Dadah Ditahan

KUALA TERENGGANU – Tiga remaja bawah umur adalah antara 161 individu yang ditahan kerana positif dadah dalam operasi bersepadu di empat daerah di Terengganu selama tiga hari bermula Selasa lepas.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Wan Jalani Wan Ismail berkata dalam operasi serentak di empat daerah itu, seramai 186 individu telah diperiksa untuk menjalani ujian saringan awal.

“Daripada jumlah itu, 161 positif dalam penyalahgunaan dadah yang mana 118 individu dikesan mengambil dadah jenis methamphetamine manakala bakinya mengambil dadah jenis opiat dan amphetha­mine.

“Dalam serbuan setakat 8 malam tadi, kita berjaya menemui tiga tiub dan satu botol heroin, 165 pil kuda dan satu plastik air ketum yang kesemuanya bernilai RM3,300,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ia adalah operasi bersepadu kali pertama yang dijalankan tahun ini melibatkan 87 anggota AADK, 31 anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) (11), masing-masing lima anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kesemua 161 individu yang positif dadah itu adalah berbangsa Melayu dengan tangkapan tertinggi di Besut seramai 56 orang, 41 di Kuala Terengganu dan masing-masing 32 di Dungun dan Kemaman.


Wan Jalani berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah tiga wanita dan kebanyakan individu yang ditangkap adalah penganggur.

“Kita akan mengadakan operasi ini dengan lebih kerap pada masa akan datang bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat di negeri ini,” katanya.

Kesemua mereka disiasat atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – BERNAMA

Kategori