Olaf Scooters – Beg Hibrid Yang Boleh Diubah Menjadi Kenderaan

Masihkah anda ingat dengan skuter lipat atau lebih dikenali dengan nama skuter tendang?

Jika dilihat pada beberapa tahun lepas, boleh dikatakan skuter tendang merupakan satu fenomena yang diminati oleh ramai kanak-kanak kanak dan remaja.

Kini, sebuah projek hadir di KickStarter dinamakan sebagai Olaf Scooters yang mana mengabungkan beg dengan skuter tendang ini.

Olaf Scooters ini memfokuskan kepada integrasi sokongan skuter tendang pada beg, sekaligus memudahkan anda membawa sesuatu beg, disamping turut boleh digunakan sebagai pengangkutan dan kenderaan.

Ia hadir dalam dua versi berbeza, iaitu OLAF Business dan juga OLAF Urban.

olaf-business

OLAF Business memfokuskan lebih kepada mereka yang ingin ke luar negara dan pengguna perusahaan.

Ia dihasilkan dengan rekabentuk menyerupai beg bagasi yang lain, tetapi turut hadir dengan skuter tendang.

Pihak OLAF turut mengatakan mereka telah menyemak dengan pelbagai syarikat penerbangan, dan produk mereka diluluskan untuk dibawa naik ke kapal terbang.

olaf-urban
OLAF Urban pula merupakan sebuah beg galas, yang mana hadir dengan rekaan lebih remaja, berbanding dengan OLAF Business yang memfokuskan kepada pengguna perusahaan.

OLAF mengatakan kedua-dua beg ini sesuai untuk kedua-dua jantina, dan boleh membawa barang sehingga 100kg menggunakannya.

olafbiz

olafurban
Melalui OLAF Scooters ini, ia membawakan konsep dimana pengguna boleh menggunakan ia sebagai beg galas atau bagasi biasa, atau pada masa yang sama naik diatas skuter tendang, dan menggunakannya sebagai sebuah kenderaan ringkas serta membawa bagasi dan beg anda bersama-sama.

Jadi, apa kata anda mengenai konsep projek ini?

Sumber: Kickstarter

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Loading...