Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PFAM Kerjasama Kolej Antarabangsa...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menandatangani...

Rakyat Johor Bertuah Sultan...

KUALA LUMPUR - DAP menyifatkan rakyat Johor sebagai bertuah kerana mempunyai sultan yang...

Lebih Banyak Warga Indonesia...

KUCHING – Lebih banyak warga Indonesia menjalani rawatan perubatan di hospital swasta di...

Meizu M1 Note, Spesifikasi...

Meizu hari ini memperkenalkan peranti pertama mereka dibawah keluarga “Blue Charm”, dinamakan sebagai...

OKU Manfaatkan Bantuan Kerajaan Keluar Kemiskinan

DUNGUN – Tuah mengusahakan jualan ‘Nasi Goreng Sotong Emas’, seorang usahawan orang kurang upaya (OKU) dari Kampung Seberang Pintasan di sini, berjaya meraih pendapatan bulanan kira-kira RM50,000 selepas hidangan istimewa di warung masakan panasnya itu menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Mohd Arif Abdullah, 46, yang mengalami masalah penglihatan, pada mulanya terpilih menyertai program khas perniagaan yang diselia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu ‘2 Years Exit Program (2YEP)’ untuk mengeluarkannya daripada kepompong kemiskinan dua tahun lepas.

Menerusi bantuan itu, bapa kepada seorang anak itu kemudiannya mengusahakan warung makan menjual pelbagai jenis makanan panas dan makanan tengah hari, namun pendapatan ketika itu hanya sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

Mula menambah menu Nasi Goreng Sotong Emas dengan harga RM8 sepinggan, ia kemudiannya tidak disangka menjadi bualan para pelanggan dan tular di media sosial hingga kadangkala perlu menyediakan 400 ke 500 pinggan nasi goreng sehari menggunakan kira-kira 70 kilogram sotong segar.

Ditemui Bernama di kedai makannya, Mohd Ariff berkata beliau sangat bersyukur dengan bantuan yang diterima daripada JKM selama ini sehingga membolehkannya bergelar usahawan berjaya ketika ini.

“Lebih menggembirakan apabila saya dimaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Dungun akan membantu saya mendapatkan lokasi lebih strategik di pusat bandar untuk melebarkan lagi perniagaan makanan ini demi keselesaan pelanggan.

“Alhamdulillah, bagi OKU seperti saya, apa lagi yang lebih seronok apabila tidak perlu lagi menjadi penerima bantuan JKM, sebaliknya saya pula kini mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada orang lain,” katanya.

Mohd Ariff kini mengusahakan warung itu bersama isterinya, Suhana Muhammad, 48, dibantu tujuh pekerja yang lain.


“Selain geran perniagaan, kakitangan JKM serta pemimpin UMNO tempatan juga sering memberi bimbingan khidmat nasihat kepada saya dan motivasi agar terus berjaya dalam perniagaan makanan.

“Saya berharap agar lebih ramai OKU di luar sana memanfaatkan pelbagai peluang yang disediakan kerajaan untuk menikmati masa depan yang lebih cerah sekali gus membuktikan OKU juga mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM Dungun, Mohd Naufal Yusoff berkata Mohd Ariff adalah seorang pemegang kad OKU Penglihatan dan menerima Elaun Pekerja cacat (EPC) sebanyak RM400 sebulan sejak Mac 2012.

“Disebabkan beliau adalah penerima manfaat JKM dan dilihat berpotensi untuk lebih maju, beliau telah disyorkan untuk menerima geran perniagaan sebagai tambahan modal sebanyak RM2,700 pada Ogos tahun lalu.

“Berbekalkan modal tambahan tersebut, beliau telah membeli dapur gas tambahan, kuali masakan, peti ais dan juga bahan mentah dan ketika ini beliau dijemput JKM untuk menyertai program seperti ceramah motivasi, program transformasi minda dan program literasi kewangan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • OKU

Kategori