Nur Dhabitah, Ng Yan Yee Raih Perak 3M Papan Anjal Seirama

JAKARTA — Gandingan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee meraih pingat perak buat Malayia dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, di sini malam ini.

Pasangan, yang memenangi pingat emas dalam acara sama di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), itu berjaya mengumpul 298.23 mata selepas menampilkan aksi cemerlang dalam enam terjunan.

Pingat emas acara itu dimenangi pasangan jaguh China, Chang Yani-Shi Tingmao selepas mengumpul 335.70 dan gangsa menjadi milik gandingan Kim Kwang Hui-Kim Mi Hwa dari Korea Utara dengan 282.78 mata. – BERNAMA

Loading...