Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Afdlin Shauki, Altimet Sertai...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed...

Warga Emas Terkejut Diisytihar...

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu van, Low Choo Choon, 71, berdepan pelbagai masalah setelah...

Pengerusi MyWatch Dibebaskan Tahanan...

PENGERUSI Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Sri R Sanjeevan, yang ditahan...

Mungkin Inilah Pengguna ‘Google’...

MENGGUNAKAN Google untuk mencari sesuatu maklumat sudah menjadi kebiasaan bagi setiap orang tetapi...

Nor Hakim Idam Hasilkan Banyak Gol ‘The Titans’

KUALA TERENGGANU – Pemain sayap T-Team, Mohd Nor Hakim Hassan mahu menyumbang lebih banyak gol kepada pasukannya untuk terus cemerlang dalam saingan bola sepak Liga Super, sambil mengimpikan Anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak.

Nor Hakim, 26, setakat ini telah menjaringkan lima gol termasuk hatrik ketika bertemu Kedah, Sabtu lalu.

Katanya setiap kali turun beraksi, fokus utamanya adalah menggunakan setiap ruang yang ada dengan sebaiknya untuk menjaringkan gol sambil memastikan kemenangan untuk pasukannya.

“Sasaran saya adalah menjaringkan lebih banyak gol untuk pasukan setiap kali diturunkan dan saya akan lakukan yang terbaik bagi merealisasikan sasaran itu,” katanya kepada Bernama.


Pada masa sama, Nor Hakim mengakui skuad bimbingan Rahmad Darmawan itu semakin menunjukkan persefahaman serta disiplin yang baik yang membolehkan mereka bermain dengan lebih baik.

Nor Hakim turut berharap persembahannya mampu memberi ruang untuknya terpilih mewakilin negara pada masa depan. – BERNAMA

Kategori