Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imigresen Jawab Dakwaan Restoran...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membidas pemilik Restoran KyoChon kerana cuba...

Penemuan Kayu Balak Disyaki...

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telahpun mengeluarkan notis berhenti kerja kepada sebuah...

Aliff Aziz Nikah Bella...

SETELAH sekian lama berteka-teki tarikh pernikahannya, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz akhirnya mengumumkan...

Misha Omar Hamil, Enggan...

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Misha Omar yang kini sedang hamil cahaya mata sulung. Penyanyi...

NIOSH Cadang Kerjasama KBS Beri Kesedaran Belia

TAWAU – Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah dapat bekerjasama dengan pihaknya untuk meningkatkan kesedaran belia di negeri ini mengenai kepentingan pengetahuan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Katanya, pengetahuan serta kesedaran belia mengenai KKP di Sabah masih ditahap rendah dan sehubungan itu NIOSH berharap menerusi saranan kerjasama itu dapat memberikan latihan KKP kepada para belia negeri ini.

“Penting belia meningkatkan kemahiran diri dalam aspek KPP ini kerana bidang KPP ini sering mendapat permintaan baik sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan dan taraf hidup.

“Hari ini kita boleh lihat pembangunan ekonomi di Sabah giat dilaksanakan di merata tempat dan banyak projek-projek besar sedang dibangunkan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC), bermula di Kota Kinabalu, Sandakan termasuk Tawau memerlukan pekerja dalam bidang KPP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian pembukaan pejabat NIOSH Wilayah Sabah cawangan Tawau yang dirasmikan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot di sini, hari ini.

NIOSH Tawau merupakan pejabat keempat yang dibuka di Sabah selepas di Kota Kinabalu, Labuan serta Sandakan manakala yang ke-14 di seluruh Malaysia.


Sementara itu, Menteri KBS Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyambut baik saranan NIOSH dan mencadangkan institut itu menyertai Sambutan Hari Belia di Kota Kinabalu pada 19 Mei ini.

“Sebagai permulaan kami akan menyediakan ruang pameran khas kepada NIOSH untuk bersama bertemu belia dan menerangkan kepentingan bidang KKP,” katanya.

Dalam pada itu, Tawfiq menasihatkan majikan di negeri ini supaya tidak kedekut melaburkan wang kepada pekerja bagi menyertai sebarang bidang KPP bagi memberi kesedaran dan mengelakkan kejadian kemalangan berulang di tempat kerja.

“Majikan juga perlu membawa NIOSH ke premis kerja bagi kerja-kerja audit termasuk melibatkan bangunan atau jentera kerana perkara itu penting dijalankan berikutan pekerja berpotensi tinggi terdedah terhadap sebarang kemalangan,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori