Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RM314 Juta Dibelanjakan Untuk...

PETALING JAYA – Sebanyak RM314 juta telah dibelanjakan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan...

9 Ditahan Bantu Siasatan...

TAIPING - Polis menahan sembilan lelaki bagi bantu siasatan kes seorang remaja perempuan...

Stacy Dahului Satu Pukulan...

KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Stacy Lewis merakamkan enam bawah par...

Najib Bakal Diwakili 7...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bakal diwakili oleh barisan tujuh peguam...

NIOSH Anjur Kursus Juruaudit MSPO Pertama Di Sabah

SANDAKAN – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) buat julung kali menganjurkan Kursus Kompetensi Juruaudit Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) di negeri ini.

Kursus tiga hari berakhir hari ini yang disertai 16 peserta itu dilaksanakan NIOSH menerusi anak syarikatnya, NIOSH Certification Sdn Bhd setelah mendapat kelulusan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

Pengurus Besar NIOSH Certification, Syamsul Zahrin Zainuddin berkata peserta yang hadir terdiri daripada pengarah syarikat, pengurus, jurutera, pegawai dan orang persendirian daripada sektor kelapa sawit.

Beliau berkata kursus tersebut terbahagi kepada dua topik utama – pemahaman dan pelaksanaan Standard MSPO serta proses dan teknik melaksanakan audit.

“Di akhir kursus, peserta akan melalui ujian penilaian secara bertulis. Peserta yang lulus kesemua penilaian akan dianugerahkan sijil kompetensi dan layak untuk melaksanakan audit MSPO,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Syamsul Zahrin berkata standard MSPO dibangunkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan mengambil kira undang-undang dan peraturan negara, amalan terbaik kemampanan serta maklum balas pihak berkepentingan.

MS2530:2013 adalah standard MSPO yang dikeluarkan Jabatan Standard Malaysia dan seluruh sektor kelapa sawit wajib mendapatkan pensijilan MSPO pada 2019.


Beliau berkata kursus Juruaudit MSPO yang seterusnya akan diadakan di Kota Kinabalu dari 14 hingga 16 Ogos depan.

Sementara itu, Pengarah Malsa Corporation Kelly Lim berkata sebagai wakil salah sebuah syarikat kelapa sawit di Sandakan, beliau menyertai kursus itu untuk mengetahui teknik audit dan juga memahami lebih lanjut berkenaan standard MSPO dan proses audit yang dijalankan.

Pengarah Urusan DAB OH Sdn Bhd Dr Mohd Azizan Abd Aziz pula berkata beliau mengikuti kursus tersebut bagi mendapatkan kelayakan sebagai juruaudit MSPO.

NIOSH Certification merupakan anak syarikat NIOSH dan badan pensijilan yang mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia.

Antara lain, ia turut menawarkan perkhidmatan pensijilan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan OHSAS18001 dan MS1722; Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001; Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan ISO22000. – BERNAMA

Kategori