Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ditahan Polis, Umie Aida...

SEBAGAI seorang isteri, tiada apa yang diharapkan selain melihat suami tersayang berada dalam...

Najib Sindir PH Hari...

TINDAK-TANDUK kerajaan kini amat berbeza ketika mereka dalam pembangkang terutamanya apabila mereka sudah...

Kes SRC: Hakim Patut...

KENYATAAN saksi bekas pengarah SRC International, Suboh Yassin seharusnya meruntuhkan kes rasuah RM42...

Setiap Rakyat Malaysia Akan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor memberi jaminan setiap rakyat Malaysia...

Nick Carter Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

AHLI kumpulan penyanyi lelaki popular Backstreet Boys, Nick Carter bakal menimang cahaya mata pertama bersama pasangan hidupnya, Lauren Kitt.

Vokalis berusia 35 tahun itu juga telah mendedahkan jantina anak mereka menerusi program realiti televisyen popular di Hollywood hari ini.

Nick yang terkenal dengan lagu-lagu hit dendangan kumpulan itu dan pernah menjadi kegilaan para gadis satu ketika dahulu telah memberitahu peminatnya bahawa beliau bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira itu telah dikongsikan secara lansung di televisyen ketika beliau sedang bersaing dalam pertandingan Dancing With The Stars dengan pasangan penari profesionalnya, Sharna Burgess.


Penyanyi yang mempunyai vokal mantap itu telah mendirikan rumah tangga bersama isteri tercintanya pada tahun 2014 dan penantian mereka untuk memiliki anak sendiri akhirnya tercapai.

lauren-kitt-interview
Nick Carter dan isterinya, Lauren Kitt.

Selain teruja dengan anak yang bakal dilahirkan itu, Nick juga sedang berusaha keras untuk merangkul kejuaraan program realiti itu dengan menewaskan peserta lain seperti Bindi Irwin, Alexa Penavega, Alek Skarlatos, Tamar Braxton dan Carlos Penavega. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori