Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hanya 77 Mangsa Banjir...

SHAH ALAM - Situasi banjir di Selangor semakin pulih apabila hanya 77 mangsa...

Majlis Resepsi Mia Ahmad,...

PADA tanggal 22 Mac lalu, aktres Mia Ahmad sepatutnya melangsungkan majlis resepsi ketiganya...

Israel Tahan 2,187 Warga...

TENTERA penakluk Israel telah menahan 2,187 warga Palestin di Tebing Barat antara Januari...

Top 10 Kanak-Kanak Paling...

SEKARANG ni tak payah tunggu dewasa dah kalau nak lihat kecantikan sebenar yang...

Niat Ikhlas Suntik Semangat Aktivis Women’s Boat To Gaza

KUALA LUMPUR – Dua anggota Women’s Boat to Gaza (WBG) berkata niat ikhlas untuk menyekat kepungan di Gaza adalah sumber motivasi mereka menyertai misi berkenaan.

Kedua-dua anggota dari dari Malaysia itu Dr Fauziah Mohd Hasan, 59, dan Norsham Abu Bakar, 54, berkata demikian dalam sesi perkongsian pengalaman misi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), baru-baru ini.

Kedua-dua wakil Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) itu berkata biarpun ramai yang mengecam tindakan berani mereka, namun mereka puas dengan apa yang dilakukan.

“Biarlah mereka bercakap, kita kena sentiasa optimistik mengenai hala tuju dan objektif yang perlu dikecapi.

“Yang penting adalah niat. Ahli-ahli misi yang lain terdiri daripada (penganut) agama dan pegangan hidup yang lain, namun objektif mereka masih sama.

Jika mereka boleh, kenapa kita tidak ikut serta sebagai seorang muslim untuk membantu saudara sesama Islam kita di sana (Palestin),” kata Norsham.

Dalam misi berkenaan, Dr Fauziah bersama anggota misi bantuan kemanusiaan WBG menggunakan jalan laut dengan kapal Zaytouna-Oliva setelah Israel menutup dan mengepung laluan darat ke Gaza dari sempadan Mesir-Gaza di Arafah.

Sementara, Norsham yang juga merupakan Anggota Lembaga Pemegang Amanah MyCARE yang menaiki kapal Amal-Hope terkandas di Pelabuhan Barcelona, Sepanyol ekoran masalah teknikal.

“Kami ingin memberikan tekanan kepada Israel agar rakyat di sana miliki apa yang Malaysia dan negara lain ada iaitu kebebasan, keadilan dan perkara asas lain yang diperlukan.

“Misi ini merupakan salah satu daripada sumbangan aktivis bagi menyekat kepungan itu,” kata Dr Fauziah.

Sesi perkongsian yang berlangsung lebih dua jam itu disertai pelajar UIAM dan masyarakat setempat.

Dua aktivis negara itu juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mereka berkaitan aktiviti prapersediaan bagi menghadapi misi berkenaan.


Mereka dikatakan menjalani latihan renang di UIAM dan belayar selama tiga jam di Pelabuhan Kelang bagi merasai pengalaman sebenar belayar di tengah lautan, atas tunjuk ajar anak saudara Dr Fauziah.

“Alhamdulillah, kami dapat pelajari teknik berenang, pernafasan dalam air dan sekarang tidak takut air lagi,” seloroh Norsham.

Sesi itu turut mempamerkan foto dan tayangan video mengenai rundingan peserta misi kapal Zaytouna-Oliva dengan tentera Israel, antara bahan yang sempat diselamatkan oleh Dr Fauziah dalam beg kecilnya untuk mengelak daripada dirampas tentera Israel.

“Semua anggota misi merupakan wanita kental, sanggup mengharungi pelbagai dugaan demi satu objektif,” kata Dr Fauziah.

Kapal Zaytouna-Oliva dinaiki 13 delegasi dari pelbagai negara dan tiga kru manakala sebuah lagi kapal, Amal Hope dinaiki sembilan delegasi dan tiga kru.

Peserta wanita dalam misi berkenaan termasuk dari Tunisia, Israel, Algeria, Kanada, Turki, Amerika Syarikat (Amerika), Sweden, Ireland, New Zealand dan Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Pelayaran WBG bermula pada 8 malam, 14 Sept (waktu tempatan Barcelona) dari pelabuhan Vell dan berhenti di Ajaccio, Perancis (bagi pusingan pertama) pada 19 Sept sebelum meneruskan perjalanan ke Messina, Itali (pusingan kedua).

Namun, tentera Israel telah menahan kapal layar Zaytouna-Oliva yang dalam perjalanan menuju ke Gaza, pada 5 Okt, 2.58 petang waktu tempatan (8.58 malam waktu Malaysia) di pelabuhan Ashdod, Israel.

Pada 7 Okt, Wisma Putra mengesahkan Dr Fauziah selamat dan telah dibebaskan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori