Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anak Panda Gergasi Diberi...

ANAK panda gergasi pertama yang lahir di Malaysia diberi nama "Nuan Nuan" iaitu...

Perjanjian Konsesi LPT2 Dijangka...

KUALA LUMPUR - Perjanjian konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) untuk menentukan...

IM4U Sasar Peningkatan Sejuta...

KUALA LUMPUR - Komuniti sukarelawan belia Malaysia, iM4U menyasarkan sejuta sukarelawan bagi tahun...

Bekas Guru Agama, Pengusaha...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang bekas guru...

NGO Hantar Kaunselor Bantu Mangsa Gempa Bumi Aceh

GEORGE TOWN – Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) akan menghantar pasukan kedua terdiri daripada kaunselor dan aktivis sosial untuk membantu penduduk di Aceh selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 menggegarkan bandar itu Rabu lepas.

Seorang daripada aktivis itu, Abd Halim Khudri, 59, yang baru pulang dari Pidie Jaya, Aceh, bandar yang teruk terjejas berkata penduduk di bandar itu berada dalam trauma kerana sehingga kini gempa susulan masih berlaku.

“Mangsa gempa bumi perlu kaunselor untuk membantu mereka kembali tenang selepas mengalami kejutan susulan rumah dan persekitaran mereka musnah sama sekali,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini, hari ini.

Pasukan kedua diketuai oleh Dr Baharudin Suri akan berlepas ke Acheh Selasa ini dengan membawa bekalan perubatan dan bantuan kewangan bagi penduduk di Aceh, kata beliau

Abd Halim yang telah menyertai lebih enam misi kemanusiaan di seluruh dunia termasuk Tsunami di Aceh pada 2004 juga menyeru sukarelawan muda menyertai misi untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Kita memerlukan doktor dan jurutera untuk membantu penduduk di sana. Mereka bukan sahaja kehilangan ahli keluarga tetapi juga rumah dan sumber pendapatan,” kata Abd Halim.


Setakat ini, lebih 100 orang disahkan terkorban dan lebih 700 lagi cedera sementara beribu-ribu kehilangan tempat tinggal.

Anggota penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan usaha mencari dan menyalamat masih dijalankan.

Kerajaan Indonesia telah mengisytiharkan keadaan darurat selam dua minggu dan jurucakap pengurusan bencana negara percaya mereka telah menjumpai 99 peratus daripada mangsa gempa bumi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori