Neymar Merayu Untuk Kembali Ke Barcelona?

PENGURUS Barcelona, Ernesto Velverde akhirnya membuka mulut mengenai desas-desus perpindahan Neymar ke pasukan itu pada musim depan.

Ia susulan satu laporan dari Sepanyol baru-baru ini yang mendakwa Neymar menghubungi kelab itu sebanyak lima kali.

Malah, Neymar yang juga pemain Paris Saint-German (PSG) dikatakan merayu untuk kembali bermain dengan Barcelona.

Bapa Neymar turut menepis khabar angin itu menerusi lman Instagram miliknya sambil menyifatkan laporan itu sebagai berita palsu.

Dalam pada itu, Velverde berkata, Neymar tidak pernah menghubunginya berhubung hal itu.

Orang suka buat cerita mengenai pemain dan kelab.

“Dia pemain yang hebat tetapi sekarang bermain dengan kelab lain. Tak ada apa nak cakap.

“Ia bukan soal Neymar hubungi atau tidak, tetapi memang tak ada sesiapa pun yang hubungi saya,” katanya.

Jelas Velverde lagi, dia juga menghormati Neymar sebagai bintang di PSG.

Respon Velverde yang diberikan menerusi satu sidang media itu sekaligus menepis andaian perpindahan pemain popular itu. – Soccer Laduma

Loading...