Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Tidak Tahu” –...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan khabar angin...

Wales Haramkan Hisap Rokok...

LONDON - Penggunaan rokok elektronik bakal diharamkan terus daripada tempat-tempat awam seperti restoran,...

YDP Agong Perkenan Persempadanan...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan laporan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang...

Anggota PGA Maut Dipercayai...

Miri : Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Koperal ditemukan maut dengan kesan...

Neymar Masih Tak ‘Selamat’

KHABAR mengejutkan berhubung pemain yang mencatatkan perpindahan rekod dunia, Neymar.

Laman web Marca, pada Rabu mendakwa PSG belum membayar yuran pembelian Neymar yang memungkinkan Barcelona membatalkan perjanjian bekas penyerangnya itu ke kelab gergasi Perancis tersebut.

Kubu Barcelona mendakwa PSG belum memindahkan sejumlah besar wang selepas mencapai kesepakatan dengan mereka, dipercayai bernilai €222 juta.

Kubu Barcelona mengancam, jika PSG tidak membayarnya, perpindahan Neymar akan terbatal dan pemain itu bakal kembali ke Camp Nou.

Jurucakap Barcelona, Josep Vives menegaskan, proses pentadbiran perpindahan Neymar hanya akan diselesaikan jika PSG membayar wang mengikut perjanjian.

Jika tidak, kubu Barcelona tidak akan mengeluarkan sijil pelepasan ke La Liga, menyebabkan Neymar tidak dapat bermain untuk PSG.

Neymar tidak bermain dalam perlawanan pembukaan PSG di pentas Ligue 1, minggu lalu.


Kapten Brazil itu hanya duduk bersama penonton ditemani bapa dan ibunya.

Faktor sijil pelepasan dari Barcelona serta pendaftaran pentadbiran menjadi penyebab utama.

Situasi seperti itu mungkin akan berlaku akhir minggu ini jika PSG masih tidak membuat bayaran kepada Barcelona.

Dan, Neymar sekali lagi tidak dapat bermain ketika PSG menentang Guingamp. – mStar Online

Kategori