Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dah Kenapa Pakai Topi...

BIMBANG terhadap risiko keselamatan, sekumpulan pekerja di sebuah pejabat di Bihar, India terpaksa...

Piala Dunia: Salah Tidak...

GROZNY - Bintang Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi tidak menyertai latihan bersama Mesir...

SPRM Tahan 2 Lagi...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lagi suspek...

Isu Baitulmaqdis: Hamas Mohon...

KUALA LUMPUR - Ketua Diaspora Hamas, Dr. Maher Salah, melahirkan harapan agar Malaysia...

Neymar Mahu Kekal Di Paris

PARIS – Dalam satu temuramah bersama stesen penyiaran Catalan, TV3 di Barcelona, Neymar megesahkan akan terus kekal bersama Paris Saint-Germain, musim depan.

Ditanya jika dia mahu menyertai Real Madrid pada musim 2019-2020, pemain Brazil itu yang mempunyai kontrak sehingga 2022 berkata: “Tidak, saya mempunyai kontrak dengan PSG dan saya akan terus berada di Paris.”

Pemain itu yang menjaringkan gol kemenangan PSG ketika menewaskan Angers dalam saingan Ligue 1 Sabtu lalu, kini menyertai lawatan ke Sepanyol.

Akhbar Catalan, Diario Sport pula memuat naik gambar Neymar bersama bekas rakan sepasukan, Ivan Rakitic, Luis Suarez dan Marc Ter Stegentwitter di pusat latihan Barcelona dalam media sosial Twitter.

Neymar menyertai PSG daripada Barcelona pada musim panas lalu dengan rekod perpindahan 222 juta euro (RM1.063 bilion), namun media Sepanyol baru-baru ini membuat spekulasi yang dia akan menyertai Real Madrid selepas ini. – AFP/BH ONLINE

Kategori