Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Da’i Aiman Teruja Urus...

SHAH ALAM - Da'i Aiman teruja diberikan kepercayaan untuk menguruskan ibadat korban di...

LHDN: 65,392 Majikan Bakal...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan denda ke atas...

Gajah Tikam Mati Pelangan...

SEEKOR gajah telah menyebabkan kematian seorang lelaki dari Thailand apabila menikam mangsa dengan...

Jerebu: Istiadat Perbarisan Hari...

KUALA LUMPUR - Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 yang dijadualkan...

Nenek Selamatkan Nyawa Cucu

Seremban – Demi memastikan cucunya terselamat, seorang nenek mengerahkan segala kudrat mendukung kanak-kanak terbabit untuk menyelamatkan diri selepas rumah didiami musnah dalam kebakaran di Taman England, di sini, semalam

Kebakaran berlaku pada jam 7.50 pagi ketika nenek berusia 72 tahun itu bersama cucunya berusia dua tahun dan seorang pembantu rumah sedang menikmati sarapan di dapur rumah terbabit.

Difahamkan, sebaik terhidu bau hangit, nenek bersama pembantu rumah mencari bau hangit berkenaan sebelum melihat api marak membakar ruang bilik utama rumah itu.

Ketua Balai Bomba Seremban Mohamad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.07 pagi sebelum mengerahkan dua jentera bersama 20 anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati api marak membakar tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan manakala penghuninya sudah keluar menyelamatkan diri.


“Kami mengambil masa hampir 20 minit memadamkan keseluruhan api dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Tingkat atas rumah itu terbakar 70 paratus dan punca sebenar serta nilai kerugian masih dalam siasatan dan penilaian kami,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori