Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Janji Manifesto Akan Ditunaikan...

PORT DICKSON - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Agong ‘Belanja’ Petugas Media...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali...

Cari Penyelesaian Segera Projek...

MIRI - Penjawat awam yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek-projek kerajaan diarah mencari penyelesaian...

KKM Bincang Dengan JPA...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam...

Nelayan Selangor Dakwa Kena Bayar Caj Tambat Sampan Di Jeti

SHAH ALAM – Persatuan Nelayan Negeri Selangor (PENEGOR) mendakwa nelayan darat di negeri ini terpaksa membayar caj menambat sampan dan mendarat ikan di jeti yang dianggar boleh mencecah RM600 setahun.

Menurutnya langkah tersebut yang dibuat menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan membebankan kira-kira 6,000 orang nelayan.

Pengerusi PENEGOR, Mohd Jaman Haris berkata tindakan tersebut tidak adil kerana nelayan menangkap ikan untuk menyara hidup bukan bagi tujuan komersial.

Beliau berkata LUAS kini dalam proses membanci nelayan bagi mengutip caj tersebut.

“Ini tidak adil kerana kebanyakan jeti dibina oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang kemudiannya diserahkan kepada persatuan nelayan kawasan untuk diurus tadbir.

“Adalah tidak munasabah jeti dibina kerajan pusat, tapi caj dikutip oleh kerajaan negeri,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.


“Secara purata setiap pengkalan mempunyai 10 buah jeti dan ini bermakna nelayan kena bayar RM6,000 setahun bagi menggunakan kesemua jeti itu,” kata Mohd Jaman.

Beliau berkata mereka akan menyerahkan satu memorandum kepada menteri besar agar nelayan tidak perlu membayar caj berkenaan.

Pada masa yang sama, PENEGOR mengalu-alukan langkah kerajaan negeri mahu mewartakan tanah di pangkalan, katanya.

“Kita bersetuju tanah diwartakan tetapi caj yang dikenakan amat membebankan nelayan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori