Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PBT Perlu Sedia Lokasi...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) meminta pihak berkuasa...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat yang mendaftar bagi Cukai‎ Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Lelaki Pakistan Dipenjara 2...

SHAH ALAM - Gara-gara memberi suapan RM50 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans...

PAS Panggil Yusof Al-Qaradawi...

KUALA LUMPUR - Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohd. Misbahul Munir Masduki mencadangkan supaya...

Nelayan Hilang Dijumpai Lemas Di Perairan Menumbuk

KOTA KINABALU – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang tiga hari lalu di kawasan perairan Tanjung Aru, Menumbuk ditemukan lemas pagi ini.

Mayat Awang Tahir Daud, 42, dijumpai dua penduduk kampung kira-kira 7 pagi tadi, tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang selepas dikatakan terjun ke laut dari atas bagang untuk menyelamatkan perahunya yang terlepas daripada ikatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini.

Kira-kira 8 pagi pada 31 Okt lalu, mangsa dan dua rakannya yang menaiki sebuah perahu ke lokasi kira-kira dua kilometer dari pantai Tanjung Aru, Menumbuk untuk membuat bagang bertindak terjun ke laut pada 5.30 petang untuk mendapatkan perahunya yang terlepas ikatan sebelum dilaporkan tenggelam dan hilang. – BERNAMA

Kategori