Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hoki WHL: Van Huizen...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Stephen Van Huizen mengakui...

Lawak.. Pekerja Biasa Tersilap...

LANCE Futch, 26, seorang pekerja dari syarikat Vivint Solar berada dalam keadaan kebingungan selepas...

Jambatan Sungai Bentong Ditutup...

BENTONG - Jambatan Sungai Bentong di sini di tutup sementara bagi semua kenderaan...

Harimau Malaya Lonjak Ke...

SKUAD Harimau Malaya melonjak empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-154 dunia...

Nelayan Di ESSZone Diingat Tidak Guna Bom Ikan

SEMPORNA – Nelayan terutamanya suku kaum Bajau Laut di Zon Selamat Timur Sabah diingatkan agar tidak menggunakan kaedah mengebom ikan untuk mendapatkan hasil tangkapan laut dengan mudah.

Timbalan Ketua Staf Bahagian Siasatan Khas dan Teknikal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), ACP Victor Sanjos berkata peringatan itu susulan statistik direkodkan pihak penguat kuasa khususnya Pasukan Polis Marin (PPM) menunjukkan banyak nelayan ditangkap menggunakan kaedah itu di ESSZone.

“Menangkap ikan guna bom ikan boleh memusnahkan ekosistem dan struktur batu karang laut, selain pendekatan itu boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri serta orang sekeliling,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam penutupan program kepolisan komuniti anjuran bersama PPM Semporna Wilayah 4 Sabah dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Bajau Laut (Pekebal) di sini.

Majlis yang disempurnakan Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Mohd Nor Zaid Mohd Said itu dihadiri kira-kira 500 penduduk suku kaum Bajau yang menjadikan laut sebagai mata pencarian utama mereka.

Sementara itu, Mohd Nor Zaid berkata semua pihak berperanan menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan dalam menyalurkan maklumat jenayah yang berlaku di Semporna.


“Hubungan baik antara pihak penguat kuasa dengan penduduk di tepi pantai dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa dan tidak menganggap pegawai polis ini sebagai anggota keselamatan semata-mata tetapi boleh menjalin persahabatan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, katanya program kepolisan komuniti merupakan platform terbaik antara PPM dan penduduk setempat berkongsi idea, masalah serta cadangan sebagai pengetahuan peringkat atasan.

“Sekali gus program ini boleh menjadi medium memastikan segala dasar dan peraturan-peraturan yang hendak dikuatkuasakan akan mengambil kira kepentingan dan hak-hak semua pihak termasuk para nelayan,” katanya.

Pada majlis itu, Markas Operasi PPM Wilayah 4 Semporna turut menyerahkan sumbangan kepada 20 orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Semporna. – BERNAMA

Kategori