Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Forum: TG Abdul Hadi...

PORT DICKSON - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima...

2 Nelayan Nyaris Lemas...

LUMUT – Dua nelayan tempatan nyaris lemas selepas bot dinaiki terbalik akibat dipukul...

Akibat Ambil Dadah, Bapa...

DADAH merupakan satu malapetaka yang tak mampu kita bayangkan jika seseorang itu sedang...

Lelaki Ada Tanda COVID-19...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang ada tanda COVID-19 dan menghilangkan diri ketika...

N.Sembilan Sasar Kumpul 60 Tan Sisa Elektronik

SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 60 tan sisa elektronik sempena kempen pengumpulan bahan atau sisa buangan elektrik dan elektronik (e-Waste) peringkat negeri bermula hari ini hingga 20 Okt ini.

Pengarah JAS negeri, Norhazni Mat Sari berkata kempen bagi menggalakkan masyarakat mengumpul peralatan elektronik yang tidak lagi digunakan diadakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 peringkat kebangsaan di sini pada 21 Okt ini.

“Kempen ini adalah dengan kerjasama JAS dan SWCorp Negeri Sembilan serta SWM Environment Sdn Bhd (SWM), Petron Corporation, Cenviro Sdn Bhd, Shan Poornam Metals Sdn Bhd, 3R Quest Sdn Bhd dan EGA Recycling Sdn Bhd,”katanya pada majlis pelancaran kempen itu di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah SWCorp negeri, Zainal Fitri Ahmad dan Pengurus Wilayah SWM Melaka dan Negeri Sembilan, Dr Al’Ashari Othman.

Katanya, kempen tersebut juga bertujuan untuk memastikan e-Waste yang terhasil akan dikutip, dikumpulkan dan tidak dibuang di tapak pelupusan sampah.

Sementara itu, Zainal Fitri berkata berdasarkan kajian mendapati televisyen merupakan barangan elektronik yang paling banyak dilupuskan, diikuti telefon bimbit, peti sejuk, komputer, mesin basuh dan penyaman udara.


Beliau berkata beberapa lokasi pengumpulan terpilih telah dikenal pasti bagi memudahkan orang awam menghantar sisa barangan elektronik ini seperti di balai raya, pejabat Felda dan masjid.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi talian ‘Indahkan Malaysia’ 1-800-88-7472 untuk pungutan sisa e-Waste. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JAS

Kategori