Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Tiada Tarikh Tetap, Alif...

PENYANYI Aliff Aziz yang telah mengikat tali pertunangan bersama Bella Astilla pada Disember...

Aylan Kurdi: Kisah Kanak-Kanak...

LIHAT senyuman manis si cilik berbaju kuning itu (gambar bawah), yang ceria bergaya...

Penumpang Kereta, Penunggang Motosikal...

JOHOR BAHARU - Seorang penumpang kereta dan penunggang motosikal maut apabila kenderaan mereka...

Pertama Kali Pasangan Gay...

SATU pasangan gay telah ditawarkan rawatan IVF oleh NHS (Perkhidmatan Kesihatan Nasional), dipercayai...

Negara Boleh Capai Taraf Negara Maju Lebih Awal

‎KUALA LUMPUR – Malaysia mungkin boleh mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi lebih awal daripada sasaran, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jumlah pendapatan per kapita rakyat Malaysia ‎yang meningkat kepada US$10,500 pada tahun ini, melebihi sasaran awal kerajaan iaitu sebanyak kira-kira US$9,000.

“Justeru itu, saya yakin bahawa kita akan mencapai sasaran negara maju berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita US$15,000 menjelang tahun 2018,” katanya pada majlis Penerangan Perdana GST hari ini.

Beliau berkata kerajaan bukan sahaja mementingkan ekonomi negara (melalui keluaran dalam negara kasar) tetapi turut menitik beratkan ekonomi rakyat. Tegasnya, tiada erti Malaysia mencapai taraf negara maju jika terdapat golongan yang tidak mampu menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

“Di bawah SST (cukai jualan dan perkhidmatan), secara nisbah, dari enam buah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya sebuah sahaja yang membayar cukai.


“Kalau begitu, bagaimana kerajaan mahu menyediakan lebih banyak peruntukkan untuk membangunkan ekonomi rakyat?” katanya.

‎Husni berkata terdapat lima komposisi cukai dalam SST yang telah dikenakan kepada pengguna tanpa mereka sedari, manakala dalam GST hanya terdapat satu komposisi iaitu sebanyak enam peratus.

“Terdapat negara yang pendapatan per kapitanya di bawah US$1,000 pun sudah melaksanakan GST, mengapa kita tidak mampu? (untuk melakasanakannya),” katanya.

Seminar sehari ini dihadiri lebih dari 1,500 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, golongan peniaga, GLC dan golongan belia. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori