Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Segera Rebut ‘Duit Raya’...

AIDILFITRI tidak lama lagi dan lebihan bayaran taksiran cukai mungkin membantu 'poket' anda! Dengan...

Polis Siasat Hizbut Tahrir...

JOHOR BAHRU - Polis Johor membuka kertas siasatan terhadap Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)...

KWSP Jalan Raja Laut...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut mengambil langkah...

Pencarian China Eastern Berakhir,...

BEIJING : Operasi mencari bangkai pesawat Boeing 737-800 milik China Eastern Airlines (China...

Naza Italia Lancar Bilik Pameran Pengalan Pop-Up Ferrari

KUALA LUMPUR – Naza Italia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari di Malaysia, telah melancarkan bilik pameran pop-up Ferrari yang pertama semumpamanya di Malaysia, Pengalaman Pop-up Ferrari.

Ketua Jenama Nasionalnya, Damien Woo berkata, bilik pameran pop-up yang akan disediakan hingga September 2018, merupakan sebahagian daripada pameran serantau Naza Italia yang menawarkan kepada masyarakat cita rasa dan gaya hidup Ferrari.

“Pengalaman pop-up Ferrari, bilik pameran terbuka yang menarik dengan warna merah, menjemput orang ramai untuk meneroka dunia mewah jenama berkenaan,” katanya dalam ucapan alu-aluannya semasa pelancaran bilik pameran tersebut di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd untuk Kumpulan Automotif, Datuk Samson Anand George berkata, Ferrari dikenali sebagai jenama yang sangat eksklusif dan pelancaran bilik pameran itu akan menjadikan jenama itu lebih mudah diakses.

Bilik pameran pop-up yang besar itu menampilkan dua model V8 yang mengagumkan – Ferrari Portofino dan Ferrari GTC4Lusso T.

Ini adalah kali pertama Portofino telah disediakan untuk tontonan orang ramai di Malaysia sejak pelancarannya pada Mei.


Woo berkata, bilik pameran itu juga akan menampilkan kawasan pameran kereta, dan ruang istirehat dan ruang tamu yang eksklusif.

Sempena dengan Pengalaman Pop-upFerrari, Ferrari Malaysia mengadakan satu pertandingan di Instagram mulai 22 hingga 28 September. – BERNAMA

Kategori