Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rekod Tertinggi, 3,337 Kes...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan rekod tertinggi baharu apabila mencatatkan...

Abang Tiri Kim Jong-Un...

KUALA LUMPUR - Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un ditemui mati di...

Mahfuz Gelabah UMNO Tak...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar kelihatan kurang senang dengan...

Pukul Ibu: Pemotong Rumput...

KUANTAN – “Saya nak jumpa emak sebelum menjalani hukuman, saya nak minta maaf,”...

Nasib Tiga Keluarga Mangsa Kemalangan Bas Terbela

MUAR – Nasib tiga waris mangsa kemalangan bas yang terkorban dalam satu tragedi di Pagoh akhir tahun lepas terbela selepas Mahkamah Sesyen Sivil Muar membenarkan tuntutan saman kecuaian yang difailkan terhadap pemandu bas dan syarikat bas bertanggungjawab semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Azuar Che Yusof membenarkan tuntutan pampasan itu setelah mendapati kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kecuaian pemandu.

Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac lalu, kesemua plaintif diwakili firma guaman Tetuan Kuldip & Co. manakala pihak defendan diwakili oleh Tetuan Silva Velu & Co.

Bagi pihak Kuldip & Company, Wahyuni Sudirman memaklumkan, ulasan polis trafik oleh Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Ibu Pejabat Trafik Polis Daerah Muar, Asisten Supritendan Suhaimi Ahmad yang mana kertas siasatan berdasarkan Seksyen S4 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya penghakiman persetujuan juga telah dimasukkan dalam saman itu, L. Jenti membawa tuntutan tersebut sebagai isteri yang sah kepada mansga G.Palanivelan manakala Idris Abdullah membawa tuntutan bagi Norsaidatul Akmal Idris selaku bapa manakala Abd Hamid Mohd Aaod membawa tuntutan sebagai bapa kepada Allahyarham ah Wuriyah Abd Hamid.

Kesemua mereka mengemukakan tuntutan di bawah seksyen 7 akta 8 undang undang sivil 1956 .


Pandu bas Zakeer Zubir yang turut terkorban dan Goldstar Ekspress (M) Sdn Bhd masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam kejadian pada 24 Disember tahun lepas, seramai 14 maut manakala 16 lagi cedera apabila bas ekspres malang itu terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Kilometer 137, Lebuhraya Utara Selatan arah Utara. – Sinar Harian

Kategori