Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

DBKL Tawar Kadar Khas...

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan...

Omicron : Tahap Keupayaan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum dapat memastikan tahap keupayaan vaksin...

Bekas Model Vogue Maut...

SEORANG model yang pernah dipilih menghiasi muka depan majalah Vogue di India, telah...

Upload Gambar Motor Curi,...

BUAT baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali.. Sebab bila dah kantoi, nak meratap...

Nampak Mangsa Dalam Longkang Bersama Go-Kart

KUANTAN – Seorang bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, dia melihat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam longkang bersama kenderaan jenis go-kart, pada 25 Sept 2016. 

Abdul Kahar Ali, 64, yang merupakan saksi kelima inkues, berkata kepala kanak-kanak perempuan itu berdarah dan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, sama seperti lelaki dewasa itu.

“Jarak antara kenderaan go-kart dengan mangsa hanya kira-kira satu meter. Saya segera menghubungi penyelia saya untuk maklumkan kejadian. Saya juga bantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengusung mangsa sebelum bertugas meminta orang awam menjauhi kawasan itu,” katanya.

Abdul Kahar berkata demikian pada prosiding inkues untuk mengetahui jika terdapat elemen kecuaian atau jenayah dalam kematian Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, semasa menonton Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARace) di Jalan Sukpa, Indera Mahkota di sini pada pukul 11 pagi, 25 Sept 2016. 

Tragedi pada perlumbaan anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu turut menyebabkan isteri Izwan, Siti Suhaiza Seman, 39, dan anak sulung pasangan itu Muhammad Izz Daniel, 8, cedera.

​​​​​​​Abdul Kahar berkata dia tidak melihat kemalangan berlaku kerana sering bergerak untuk memastikan penonton tidak memasuki kawasan larangan, iaitu lima meter dari kon (penghadang air) yang diletakkan sebagai pemisah dengan litar perlumbaan.

“Saya hanya tahu ada kemalangan apabila suasana kecoh. Sebelum kemalangan penonton berada agak jauh dari kon dan selepas kemalangan, kon itu sudah berterabur,” katanya.

Sementara itu, saksi ketiga inkues, Shaharin Idrus, 53, yang merupakan penyelia kepada anggota Rela pada program itu berkata, seramai 24 anggota bertugas pada hari tersebut, dengan enam daripadanya ditempatkan berhampiran kawasan kemalangan.

Beliau berkata arahan daripada pihak penganjur adalah tidak membenarkan penonton menghampiri penghadang air, tidak membenarkan penonton melintasi litar dan supaya mereka mengutamakan keselamatan diri selain ‘sama-sama berdoa perlumbaan berjalan selamat’.


Saksi berkata anggota Rela ditugaskan di kawasan check point yang ditetapkan pihak penganjur, selain di beberapa laluan lurus sepanjang litar kerana bimbang penonton melintasi laluan itu memandangkan tiada tempat khusus untuk orang awam. 

​​​​​​​”Semasa kemalangan, saya tidak berada di situ kerana tugas saya sebagai penyelia memerlukan saya banyak bergerak untuk memastikan tiada anggota meninggalkan kawasan penugasan. Saya tahu tentang kemalangan daripada orang awam yang sudah kecoh.

“Saya menghubungi  anggota menggunakan walkie-talkie. Anggota beritahu dia tidak nampak kerana kemalangan berlaku di belakangnya. Saya ke kawasan kemalangan dan nampak kenderaan itu.

“Saya tanya anggota apa yang berlaku… adakah kenderaan terbabas sendiri? dia kata langgar penonton. Pada masa itu saya rasa macam hendak pengsan,” katanya.

Shaharin menambah anggota Rela bertugas memaklumkan ada memberi arahan tidak menghampiri penghadang air, namun ‘arahan itu hanya dipatuhi seketika sahaja dan penonton sering kali mendekati kawasan litar apabila anggota Rela bergerak ke kawasan lain’.

Beliau juga berkata penghadang air itu didapati tidak berisi air, senang dialihkan dan ringan selain tiada arahan diterima oleh pasukan Rela untuk mengisi air ke dalamnya.

Prosiding inkues yang didengar di hadapan Koroner Dazuki Ali dibantu Timbalan Pendakwa Raya Wahida Zainal Abidin, peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar selaku peguam pemerhati bagi pihak UTM, Che Arifin Mohd Ali (keluarga mangsa), Juliana Abu Bakar dan Rosmah Rosli (Majlis Perbandaran Kuantan), bersambung esok. – BERNAMA

Kategori