Nak Beli Tak Dibagi.. Lelaki Curi Murai Batu Milik Kawan

TERPESONA dengan kecantikan burung murai batu milik seorang kenalan, seorang lelaki menawarkan sejumlah wang untuk memilikinya.

jenis murai batu lampung super rr

Namun temannya itu menolak tawaran yang diberi, lantas menyebabkan individu tersebut bertindak memecah masuk rumahnya dan mencuri unggas tersebut.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Labis, Segamat, Johor akhirnya terbongkar apabila individu tersebut berjaya diberkas.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya, beberapa jam selepas si pemilik menyedari kehilangan murai batu peliharaannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, pemilik burung yang meletakkan sangkar murai batu miliknya di bilik air tersedar kira-kira jam 6 pagi bahawa ianya telah tiada.

Bagaimanapun dari awal lagi, dia sudah mengesyaki ianya angkara kenalan yang tinggal berdekatan kerana tidak berpuas hati selepas tawarannya untuk membeli burung berkenaan pada harga RM700 beberapa hari sebelum itu, ditolak.

– MYNEWSHUB.CC

Aksi Murai Batu Yang Digilai Peminatnya

Loading...