Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pejabat PM ‘Hapus’ Arkib...

HILANG... Ketiadaan segala ucapan rasmi dan kenyataan media bekas-bekas perdana menteri dari laman...

Tampar Pekerja Bangla, Pemilik...

MAHKAMAH Majistret Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap seorang ahli perniagaan...

Kerajaan Jamin Bekalan Beras...

SEREMBAN : Kerajaan memberi jaminan bekalan beras akan dipastikan sentiasa mencukupi untuk keperluan...

Tumpukan Bersatu, Ketepikan Soal...

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO Sabah perlu memberi perhatian terhadap seruan Timbalan Perdana...

Najib, Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Shohaimi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh yang meninggal dunia awal hari ini.

Najib menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas.

“Takziah buat keluarga Datuk Mohd Shohaimi Jusoh yang pulang ke rahmatullah pagi ini. Semoga roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitternya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah menerusi laman Twitter beliau dengan catatan: “Saya menerima berita pemergian Datuk Mohd Shohaimi Jusoh ADUN Lepar telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Takziah pada seluruh ahli keluarga. Al-Fatihah,” katanya.​​​​​​


Mohd Shohaimi, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai, Kuantan, Pahang.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Gambang, Kuantan sebelum solat zuhur hari ini. – BERNAMA

Kategori