Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Buruh Didenda RM23,000, Pukul...

Kuala Lumpur : Buruh yang memukul seekor anjing betina dengan sebatang kayu sehingga...

Polis Jalani Lima Fasa...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalani lima fasa persediaan bagi...

Thierry Henry Di ‘Kem...

ISTRA - Ketika pemain Perancis berbaris bagi menghadapi aksi separuh akhir Piala Dunia,...

Chris Pratt, Anna Faris...

PASANGAN suami isteri kegemaran Hollywood, Chris Pratt dan Anna Faris mengumumkan perceraian selepas...

Najib Umum Pembukaan Agro Bazaar Di Dubai

DUBAI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembukaan Agro Bazaar di Dubai oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kita perlu berada dekat dengan pasaran untuk menjana peratusan pendapatan yang lebih tinggi. Lebih dekat kita dengan pasaran, lebih banyak faedah yang kita dapat,” kata beliau semasa pelancaran Malaysian Agrofood Festival dan majlis perjumpaan 300 rakyat Malaysia, di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, mendekatkan diri dengan rantaian bekalan global merupakan sebahagian daripada sasaran strategi kerajaan.

“Dalam menggerakkan rantaian nilai sektor pertanian, FAMA dijangka membuka lebih banyak Agro bazaar di luar negara, termasuk di Hong Kong,” kata Najib.

Dengan sasaran untuk mempromosikan buah-buahan dan produk asas tani premium Malaysia, agro bazaar pertama dibuka di Singapura pada Ogos, katanya.

Menurut beliau, durian ‘Musang King’ premium benar-benar dilayan seperti ‘raja’ di Singapura.

“Durian itu disimpan dalam bilik berhawa dingin sepanjang masa. Ia dijual pada harga S$26 sekilogram. Dan selepas penukaran (ke dalam ringgit Malaysia), anda tidak akan dapat harga yang sama di mana-mana di Malaysia,” kata beliau.

Semasa tempoh tujuh bulan pertama 2014, eksport buah-buahan meningkat sebanyak 44.7 peratus kepada RM298.8 juta.

Turut hadir di majlis yang diadakan di Arena, Jumeirah Beach Hotel itu ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Sabri Yaakob.


Terdahulu, Ismail berkata Agro bazaar Dubai, pusat sehenti bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia akan memulakan perniagaan dalam suku ketiga tahun depan.

Agro bazaar Dubai juga akan menjadi hab dagangan dan pengedaran serta pintu masuk bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), katanya.

Terdapat kira-kira 6,000 rakyat Malaysia tinggal dan bekerja di UAE, bilangan paling ramai di negara itu diikuti Arab Saudi.

Kebanyakan mereka terlibat dalam sektor penerbangan, minyak dan gas serta perbankan Islam.

Najib berada di Dubai sempena menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF) yang bermula pada 28 Okt di Madinat Jumeirah.

WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF secara kerjasama dengan Dubai Chamber of Commerce and Industry.

Beliau dijadualkan pulang pada Khamis.

Ini merupakan kunjungan kedua Najib ke UAE selepas melawat ibu kota Abu Dhabi itu pada Mei. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori