Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kabinet Muhyiddin Kurang Tindakan...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas...

JDT Kukuh Cengkaman Dahului...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman...

Kos Stadium Shah Alam...

KUALA LUMPUR : Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan...

Jentera Kerajaan Akan Dapat...

PORT DICKSON – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin jentera kerajaan akan...

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ani Arope

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Dr Ani Arope yang meninggal dunia pagi ini.

(BACA: Bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Meninggal Dunia)

“Takziah kepada keluarga TS Ani Arope yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau.

Ani, 82, yang sebelum ini menerima rawatan bagi penyakit kanser prostat, meninggal dunia sebelum Subuh tadi di Pusat Perubatan Subang Jaya.


Dilahirkan pada 17 Mei 1932 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang, Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak selain anak angkat.

Jenazah dibawa ke Balai Islam TNB di Bangsar untuk diuruskan dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham merupakan pengerusi eksekutif TNB dari 1992 hingga 1996 selain pernah menerajui beberapa syarikat swasta, institusi pengajian tinggi dan pelbagai organisasi.
– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori