Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bekas Presiden India, APJ...

SHILLONG, India - Bekas Presiden India, APJ Kalam, 83, meninggal dunia di sebuah...

Terima Anugerah Bapa Mithali...

SUNGAI PETANI - Bapa tunggal kepada tujuh anak termasuk seorang anak orang kurang...

KPM Ambil Berat Isu...

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu yang membabitkan keselamatan murid...

Golongan Moderat Diseru Tangani...

KUALA LUMPUR - Malaysia menyeru golongan moderat dalam kalangan pengikut agama untuk memimpin...

PM Ucap Tahniah Kejayaan Atlet Skuasy Universiti Dunia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada tiga atlet negara yang memenangi pingat pada Kejohanan Skuasy Universiti Dunia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

“Hebat atlet-atlet skuasy kita raih emas, perak dan gangsa di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia!

“Tahniah @WeeWernLow, Ivan Yuen dan Nazihah Hanis (Abd Razak) #MalaysiaBoleh,” kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Twitternya @NajibRazak hari ini.

Wee Wern menamatkan kemarau gelaran 10 tahun untuk Malaysia selepas menewaskan Tsz Wing Tong dari Hong Kong pada aksi final, sekali gus menyamai pencapaian Lim Yoke Wah yang turut menjuarai acara perseorangan wanita pada kejohanan edisi 2006.

Ivan Yuen pula membawa pulang pingat perak selepas tewas kepada Tsz Fung Yip dari Hong Kong yang juga pilihan utama dalam kategori perseorangan lelaki.


Sementara Nazihah Hanis pula memenangi gangsa selepas terpaksa menarik diri akibat kecederaan pada perlawanan separuh akhir ketika menentang Wee Wern, semalam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori