Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sindiket Teroka 7,284 Hektar...

KOTA BHARU - Jabatan Perhutanan Kelantan mendapati 7,284 hektar tanah Hutan Simpan Kekal...

TRX & Bandar Malaysia...

JOHOR BAHRU - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy...

Satu Lagi Kes Difteria...

KUALA LUMPUR - Satu lagi kes difteria dilaporkan di Kedah, menjadikan jumlah keseluruhan...

Malaysia Kutuk Serangan Ekstremis...

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ekstremis terhadap pejabat akhbar  mingguan satira, Charlie Hebdo...

Najib Tuan Rumah Majlis Rasmi Makan Tengah Hari

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menjadi tuan rumah bagi majlis rasmi makan tengah hari sebagai penghormatan di atas lawatan Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov di Seri Perdana di sini.

Najib dan Rosmah menyambut Berdimuhamedov sebaik beliau tiba di Seri Perdana sebelum dibawa ke Dewan Protokol di mana majlis itu diadakan.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Para tetamu dihiburkan dengan persembahan kanak-kanak dari Permata Seni.


Berdimuhamedov tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi dua hari.

Ini merupakan lawatan kedua Presiden Berdimuhamedov ke Malaysia. Lawatan pertamanya adalah pada 2011. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori