Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peniaga Jijik Jemur Sotong...

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang peniaga sedang menjemur sotong kering tanpa mengunakan sebarang...

KPT Peruntuk RM339.5 Juta...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperuntukkan RM339,516,500 bagi tujuan pembangunan...

Razer Firefly: Pad Tetikus...

BUAT penggemar extreme peminat komputer, pengguna lampu CCFL di dalam setiap kustomasi CPU...

Belanjawan 2020 ‘Komunis’ Dan...

PETALING JAYA - Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim menyifatkan...

Najib Tiba Di Sandakan Lawatan Kerja 2 Hari

SANDAKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Sandakan pada 9.05 malam.

Ketibaan mereka disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, timbalannya Tan Sri Pairin Kitingan dan beberapa menteri kabinet negeri.

Esok, Najib dijadual merasmikan Program Perumahan Rakyat Termiskin di Lupak Meluas di sini dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Wasatiyyah Lupak Meluas.

Selepas itu, perdana menteri akan melakukan tinjauan mesra di Harbour Square Sandakan sebelum berlepas ke Kota Kinabalu.


Pada pagi Sabtu, Najib dijadual melancarkan Pan Borneo Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin Sipitang sebelum melakukan tinjauan mesra di Tamu Putatan.

Perdana menteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada malamnya. – BERNAMA

Kategori