Najib Tiba Di Parlimen Bentang Belanjawan 2015

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di lobi Bangunan Parlimen pada 3.48 petang ini untuk membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat.

Sambil membimbit beg berwarna hitam, Najib, yang juga Menteri Kewangan  kelihatan tenang dan ceria ketika berjalan menuju ke Dewan Rakyat.

Beliau diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib yang berpakaian baju Melayu berwarna jingga turut memberi gaya istimewa sambil menunjukkan beg bimbitnya kepada para jurugambar yang menunggu ketibaannya sejak 2 petang.

Pembentangan Bajet 2015 hari ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi dan rakyat.

Bajet itu antara lain dijangka menjadi bajet prorakyat, dan dijangka merangkumi langkah-langkah untuk meredakan keresahan terhadap peningkatan kos sara hidup.

Ia juga dijangka akan membantu mempertingkatkan peluang pekerjaan, menambah baik mutu pendidikan dan mewujudkan lebih banyak perumahan mampu milik. – BERNAMA