Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

16 Kematian, 2,643 Kes...

KUALA LUMPUR - Biarpun jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan penurunan kepada 2,643 kes hari...

Lelaki Pukul Anggota JPJ...

ALOR SETAR - Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular...

Penjara 1 Tahun, Sebat...

Riyadh - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dan 600...

‘Ibu Kerap Menangis Sejak...

KUALA LUMPUR : Seorang kakak merayu bantuan orang ramai untuk mengesan adik perempuannya...

Najib Tiba Di Kota Kinabalu Lawatan Kerja Ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam ini untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Pesawat khas yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 8.40 malam.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan beberapa anggota Kabinet Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi awam negeri dan persekutuan.

Esok Najib dijadual mengadakan ‘Walkabout’ ke bangunan baharu Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok dan SMK Telipok sebelum merasmikan projek pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Beliau kemudian akan menunaikan solat Jumaat bersama warga kampus UMS di Masjid UMS sebelum menghadiri program Perhimpunan Perdana Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan.

Pada malamnya, Najib dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kumpulan Etnik dan Kesenian Negeri Sabah sebelum berlepas ke Terengganu. – BERNAMA

Kategori