Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Rokok Elektronik...

MIAMI - Seorang lelaki maut, apabila pangsapuri didiaminya musnah dalam kebakaran yang berpunca...

Lindsay Lohan, Tom Cruise...

Selebriti Hollywood ini tidak perlu diperkenalkan lagi, rata-rata rakyat Malaysia begitu mengenali mereka...

PBNJ Gugur Penjaga Gol...

JOHOR BAHRU - Penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) II, Mohd Anis Faron...

Krisis Prestasi Real Madrid...

MADRID - Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric mengakui pasukannya berdepan masalah serius,...

Najib Tiba Di Jeddah Untuk Lawatan Kerja Ke Arab Saudi

JEDDAH – Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Jeddah untuk memulakan lawatan kerja ke Arab Saudi yang perdana menteri dijangka turut menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut sebaik tiba di sini oleh Duta Malaysia Zainol Rahim Zainuddin dan para pegawai tinggi Arab Saudi.

Pesawat khas yang membawa Najib dan rombongan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz kira-kira pukul 11.50 malam (waktu tempatan) pada Isnin. Waktu Malaysia lima jam lebih awal berbanding waktu Arab Saudi.

Beliau akan memulakan acara lawatan dengan menunaikan umrah di Makkah pada Selasa.

Malam ini perdana menteri dijadual berkongsi pandangan mengenai sektor swasta dan awam yang Najib bakal menyampai ucaptama pada Forum Ekonomi Jeddah 2016.

Selain Jeddah, perdana menteri akan turut berada di Riyadh, ibu negara Arab Saudi.


Termasuk dalam aturcara lawatan beliau ialah melawat anggota angkatan tentera Malaysia yang berpangkalan di Hafar Al Batin.

Turut serta dalam lawatan kerja Najib ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar selain para pegawai kanan kerajaan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, kunjungan Najib bakal membantu usaha meningkat dan memperkukuh hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Politik, ekonomi, pertahanan dan hal ehwal haji adalah antara bidang utama yang kedua-dua negara berkongsi hubungan erat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]5f6DRUSa9G8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori