Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Di Pulau: Sila...

KUALA TERENGANU - Pihak polis memohon orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil...

Harga Minyak Naik Sikit...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Perbicaraan Kes Pencemaran Sungai...

JOHOR BAHRU - Perbicaraan kes seorang pemandu lori dan tiga pengarah syarikat yang...

Kontinjen P.Pinang Terima Basikal...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang hari ini menerima tujuh basikal elektrik atau...

Najib Tiba Di Da Nang Untuk Sidang Kemuncak APEC

DA NANG (Vietnam) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-25.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang kira-kira 2.45 petang waktu tempatan.

Najib yang juga Menteri Kewangan disambut Menteri Pendidikan dan Latihan Vietnam, Phung Xuan Nha serta Duta Malaysia ke Vietnam, M. Zamruni Khalid.

Najib akan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Vietnam, Tran Dai Quang lewat petang ini.

Beliau dijangka mengadakan perjumpaan dua hala dengan rakan sejawatnya di luar sidang kemuncak itu bagi membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan pelbagai hala mengenai kepentingan bersama.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan perbincangan dengan 10 pemimpin Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) serta menghadiri mesyuarat Gabungan Perniagaan AS-APEC dan terbabit dalam dialog bertajuk ‘Wawasan APEC Pasca-2020’ di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC.

AELM Ke-25 bertema ‘Mewujudkan Dinamisme Baharu, Memupuk Masa Depan Bersama’ itu bertujuan merangsang perbincangan mengenai bagaimana untuk meningkatkan lagi momentum pertumbuhan dan integrasi ekonomi APEC


Semasa mesyuarat dua hari yang bermula esok, Najib akan mengambil bahagian dalam Dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC dan dialog tidak rasmi antara APEC dan ASEAN, selain dua sesi pemukiman.

Dalam pemukiman pertama, pemimpin APEC akan bercakap mengenai topik ‘Pertumbuhan Inovatif, Rangkuman dan Pekerjaan Mampan Dalam Era Digital’, manakala dalam pemukiman kedua, mereka akan membincangkan tajuk ‘Pemacu Baharu Untuk Perdagangan, Pelaburan dan Kesambungan Serantau’.

Sebelum mengakhiri lawatan kerjanya di bandar raya tepi pantai ini, Najib dijangka mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di satu majlis makan malam.

Sidang kemuncak tahunan itu dianggap sebagai platform utama bagi membincangkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan dalam kalangan 21 negara anggotanya.

Ekonomi APEC menyumbang kira-kira 45 peratus daripada perdagangan global dan separuh daripada keluaran dalam negara kasar dunia serta pelaburan langsung asing global. – BERNAMA

Kategori