Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7,800 Pencarum Perkeso Berjaya...

MELAKA – Sebanyak 7,800 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mengalami kecacatan akibat...

Senarai Hitam Peminjam PTPTN...

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan terdahulu menyenarai hitam peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

Eizlan, Natasha Selamat Bernikah

PUTRAJAYA - Hanya dengan sekali lafaz pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat...

Amaran Hujan Sangat Lebat...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan...

Najib Terima Kunjungan Setiausaha Agung Asean

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Asean, Le Luong Minh di Perdana Putra di sini.

Perjumpaan itu ialah sebahagian daripada acara lawatan kerja tiga hari Le di Malaysia bermula semalam.

Lawatan kerja itu menandakan permulaan peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam berkata adalah menjadi tradisi setiausaha agung Asean dan para pegawainya untuk mengunjungi negara pengerusi pada permulaan ia mengambil alih peranan kepengerusian untuk membincangkan beberapa siri mesyuarat Asean sepanjang tahun ini.

Le, yang diiringi empat timbalan setiausaha agung dalam kunjungan ini, menghabiskan masa hampir 30 minit dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri, untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan peranan Malaysia sebagai pengerusi Asean.


Semalam Le membuat kunjungan hormat terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra.

Malaysia sebelum ini menjadi pengerusi Asean pada 1977 dan 2005.

Asean merangkumi Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori