Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ranking Jalur Lebar Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia dalam kategori 'price basket' jalur lebar tetap Kesatuan...

Jerebu: Kabinet Bincang Jalan...

KUALA LUMPUR - Perbincangan dan penyelesaian mengenai masalah jerebu yang melanda negara akan...

Warga Emas Maut Kereta...

IPOH - Seorang warga emas maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas dan jatuh...

Sangkut ‘Bawa’ Pak Belang

Gopeng -Seorang lelaki ditahan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)...

Najib Sertai Solat Hajat Mohon Bumi Palestin Selamat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menunaikan solat hajat bersama ribuan umat Islam bagi memohon keselamatan dan pertolongan Allah kepada bumi Palestin.

Solat hajat itu yang diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom diadakan berikutan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ‘ibu kota’ baharu Israel.

Solat hajat itu yang diadakan selepas solat Jumaat di Dewan Tun Razak 2 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini disertai jemaah yang sebahagian besarnya terdiri daripada perwakilan UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini.

Jamil Khir turut sebak ketika membaca doa memohon kesejahteraan penduduk Palestin selepas selesai solat.

Terdahulu dalam khutbahnya, Jamil Khir berkata keputusan Amerika itu menyentap hati umat Islam di seluruh dunia.


Katanya, umat Islam di Palestin telah lama ditindas oleh rejim zionis sehingga terpaksa hidup dalam kesengsaraan.

Solat Jumaat sebelum itu diimamkan Imam Masjid Ara Damansara Mohd Shukri Ali. – BERNAMA

Kategori