Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Insentif Raya RM450 Kepada...

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif khas raya kepada ahli peneroka Felda...

Lynas Boleh Terus Beroperasi...

TOKYO – Malaysia akan terus membenarkan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corp beroperasi,...

Indonesia Jamin Permudah Visa...

JAKARTA - Kerajaan Indonesia memberi jaminan akan mempermudahkan permohonan visa sementara bagi pelajar...

TVET Teras Lahir Tenaga...

KUALA LUMPUR - Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) berperanan penting bagi melahirkan...

Najib Rasmi Pusat Sains Razak Di Kolej Lamanya

LONDON – Datuk Seri Najib Razak bakal mengimbau kembali kenangan masa lalu apabila mengunjungi kolej lamanya, Malvern College di Worcestershire untuk merasmikan Pusat Sains Razak pada Isnin.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Ahmad Rasidi Hazizi, berkata Perdana Menteri melanjutkan pelajaran peringkat menengah di kolej berkenaan dari 1968 hingga 1971.

“Sebagai penuntut lama Malvernian, Perdana Menteri mempunyai kenangan indah dengan kolej itu,” katanya kepada media Malaysia di sini, hari ini.

Selain Najib, adiknya Datuk Johari turut belajar di kolej berkenaan.

Kolej berkenaan adalah sekolah berasrama dan juga sekolah harian yang diasaskan pada 1865, antara sekolah persendirian utama di UK.

“Kolej Malvern sangat berbangga dengan kejayaan seorang daripada bekas penuntutnya sehingga menjadi perdana menteri Malaysia dan memiliki personaliti terhormat sebagai Alumninya,” kata Ahmad Rasidi.


Beliau berkata, Perdana Menteri diberi penghormatan untuk merasmikan pusat sains itu yang diberi nama sempena namanya (dalam budaya barat, Najib ketika itu dikenali sebagai Mr Razak).

Pusat berkenaan mempunyai 18 makmal canggih termasuk makmal pameran dan bilik-bilik persediaan tambahan.

Worcestershire terletak kira-kira dua jam setengah pemanduan dari sini dan Najib dijadual menggunakan jalan raya untuk ke kolejnya itu.

Perdana Menteri dijangka tiba di sini lewat Sabtu (Ahad di Malaysia) dari Riyadh selepas menghadiri majlis pemakaman Raja Arab Saudi, Abdullah Abdulaziz yang mangkat pada Jumaat.

Beliau memendekkan lawatan beliau ke Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland berikutan kemangkatan Raja Abdullah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori