Najib Rakam Penghormatan Kepada Raja Thailand

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghormatan kepada Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang mangkat semalam, dengan menyatakan raja yang sangat disayangi itu telah memainkan peranan penting dalam kestabilan Thailand.

Beliau berkata kejayaan berterusan Thailand akan bergantung pada perpaduan rakyatnya.

“Saya akan merakamkan ucapan takziah secara langsung kepada kerajaan (Thailand),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 Universiti Teknologi Mara, di sini hari ini.

Najib berkata Malaysia akan menghantar wakil peringkat tinggi pada upacara pemakaman jasad raja itu.

Raja Bhumibol, yang memerintah Thailand selama 70 tahun selepas menaiki takhta pada 1946, mangkat pada 3.52 petang semalam di Hospital Siriraj, seperti diumumkan oleh Biro Diraja Thailand.

Baginda berusia 89 tahun.- BERNAMA

Loading...