Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat SOP Pengendalian...

KUALA LUMPUR - Polis kini menyiasat prosedur operasi standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia...

TNB: Buat ‘Simpanan Panik’...

PUTRAJAYA - Jangan lakukan 'simpanan panik' air agar tidak menjejas pemulihan sepenuhnya bekalan...

Ahli UMNO Diingatkan Jangan...

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli-ahli...

Anwar Lucut Kelayakan Anggota...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini lucut kelayakan sebagai seorang...

Najib Minta Penjawat Awam Tidak Bocor Rahsia Kerajaan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam mentaati ikrar perkhidmatan awam untuk tidak membocorkan rahsia kerajaan.

Berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-14 (MAPPA XIV) di sini hari ini, beliau berkata insiden kebocoran rahsia kerajaan sebelum sesuatu pengumuman rasmi dibuat boleh memberi implikasi kepada keputusan kerajaan.

“Sehari dua ini ada kebocoran berlaku. Tolong jaga rahsia kerajaan, sebab mana-mana kerajaan pun mesti jaga rahsia.

“Kalau kita belum sedia buat pengumuman janganlah bocor sebab kalau bocor boleh jadi keputusan itu berlainan nanti.

“Ini belum apa-apa lagi tol dah kata kita nak naikkan. Sepatutnya kita ada kaedah tertentu. Inilah saya harap sangat penjawat awam kita sudah angkat sumpah jangan main-mainkan sumpah sebab ini untuk kebaikan negara kita,” katanya.

Turut hadir pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.


MAPPA yang dianjurkan sejak tahun 2000 bertujuan membolehkan Perdana Menteri menerangkan strategi serta perancangan kerajaan bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Minggu lepas, Najib menyuarakan kekesalannya berhubung kebocoran maklumat berhubung kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial susulan laporan oleh sebuah portal yang memetik sumber kabinet.

Katanya perbincangan mengenai perkara itu yang berlangsung pada mesyuarat kabinet tidak menghasilkan sebarang keputusan muktamad.

Portal terbabit melaporkan cadangan kenaikan itu dijangka membabitkan sekurang-kurangnya 16 lebuh raya dan jumlah itu mungkin meningkat kepada 19. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori