Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harith Iskander Mara Ke...

PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila namanya diumumkan layak ke...

Kapten Tidak Selesa, Remaja...

SEORANG wanita mendakwa syarikat penerbangan United telah menghalau mereka sekeluarga keluar dari pesawat...

Menteri Jerman Bunuh Diri...

FRANKFURT AM MAIN - Ketua Menteri Kewangan di negeri Hesse, Jerman didakwa membunuh...

Simpan 34,700 Batang Rokok...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga makanan ringan dipenjara tiga hari dan didenda RM29,000...

Najib Minta Murid Cemerlang UPSR Hargai Didikan & Jasa Guru, Ibu Bapa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 menghargai didikan dan pengorbanan guru serta ibu bapa mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada semua calon UPSR yang keputusannya diumumkan hari ini, Najib berkata mereka yang gagal meraih keputusan cemerlang juga dinasihatkan terus berusaha meningkatkan kecemerlangan diri.

“Tahniah semua anak-anak yang berjaya cemerlang dalam UPSR hari ini! Jangan lupa ucap terima kasih kepada guru-guru yang mendidik dan juga kepada ibu bapa yang banyak berkorban.

“Kepada yang keputusannya kurang memberangsangkan, usah khuatir. Jadikan ia pembakar semangat untuk lebih cemerlang di masa depan, insya-Allah,” kata Najib dalam catatan di laman sosial Facebook dan Twitternya hari ini.


Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan 38,344 calon atau 8.65 peratus daripada 443,407 calon UPSR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori