Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hanya 40% Syarikat Dimiliki...

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 40 peratus daripada hampir satu juta syarikat yang didaftarkan...

UMNO Teruskan Program HELP...

KUALA LUMPUR - Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu mengubah nasib seseorang ke tahap...

Gelombang Putih Banjiri KL...

MERIAH... Buat julung kali dalam sejarah, pagi Sabtu yang lazimnya tenang bertukar meriah...

Isytihar Darurat Jerebu Di...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo mengarahkan kerajaan tempatan di wilayah yang mengalami masalah...

Najib Mahu Rakyat Malaysia Contohi Semangat Orang Korea

SEOUL – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia mencontohi semangat kental orang Korea yang berjaya memajukan negara Korea Selatan melalui naluri kelangsungan hidup yang kuat untuk berjaya.

Beliau berkata naluri kelangsungan hidup itu mendorong orang Korea untuk berjaya, ditambah dengan usaha yang benar-benar fokus, menjadikan Korea Selatan dan orang Korea maju sehingga Korea Selatan menjadi sebuah kuasa ekonomi pada masa ini.

“Kita lihat naluri kelangsungan hidup orang Korea amat kuat sekali, ditanam sejak mereka kecil.

“Sebagai sebuah negara tak ada sumber, iklim yang sejuk, sudah tentu kalau mereka tak dapat cari sumber kekayaan dengan guna akal fikiran dan seluruh pancaindera mereka, sudah tentu mereka jadi mangsa persekitaran yang begitu ‘hostile’ kepada mereka,” katanya semasa berucap pada majlis jamuan bersama rakyat Malaysia di Korea Selatan di sini malam ini.

Jamuan malam itu dihoskan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib yang tiba di sini petang ini sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan.

Ketika menceritakan rahsia kejayaan Korea, Perdana Menteri berkata selepas perang Korea dari tahun 1950 hingga 1953, Korea Selatan adalah antara negara termiskin dunia dengan pendapatan per kapita pada masa itu hanya AS$67.

Namun, katanya, dalam masa singkat, mereka telah melakukan transformasi yang begitu ketara sehingga pada hari ini menjadi kuasa ekonomi yang semakin disegani.

“Sudah tentu model kejayaan Korea adalah satu daripada kejayaan yang menjadi inspirasi bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga kepada dunia pada keseluruhannya,” katanya.

Disiplin ketat yang ditanam dalam jiwa orang Korea sejak kecil turut menjadikan sebahagian daripada orang Korea juara dunia termasuk dalam sukan golf.


Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan meneruskan Dasar Pandang ke Timur gelombang kedua dengan menghantar pelajar ke negara Korea, bukan sahaja untuk menimba ilmu tetapi juga untuk mempelajari budaya hidup dan nilai positif orang Korea untuk memajukan negara.

“Bukan sahaja untuk ilmu, kerana anda boleh menimba ilmu di mana-mana sahaja di dunia, tetapi kami mahu anda mempunyai komitmen, mempunyai semangat untuk berjaya mengatasi apa jua rintangan, inilah yang kami harap anda dapat pelajari semasa berada di Korea.

“Saya harap semangat inilah yang akan menggerakkan kita ke hadapan memandangkan sebagai sebuah negara, kami juga mahu merubah Malaysia. Kami mahu Malaysia menjadi negara maju sepenuhnya, dan (untuk ini) tiada jalan mudah.

Maksud saya dunia hari ini sangat kompetitif dan anda perlu menjadi yang terbaik antara yang terbaik,” katanya.

Pada masa yang sama Najib turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak lupa dengan semangat bangga menjadi rakyat Malaysia sebagaimana orang Korea berbangga sebagai orang Korea.

Perdana Menteri turut berharap rakyat Malaysia akan bersedia untuk bertugas dalam waktu kerja yang panjang seperti masyarakat Korea yang bekerja purata 2,256 jam setahun, lebih tinggi daripada purata 1,739 jam Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.

Pada acara jamuan malam itu, rakyat Malaysia turut meraikan ulang tahun kelahiran Rosmah yang jatuh pada hari esok, 10 Dis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori